BAB 1 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

Operasi sistem perbankan Islam dilakukan berdasarkan hukum syariah. Sistem ini merupakan saluran alternatif bagi memenuhi keperluan pelaburan dan kredit untuk penganut yang beragama Islam. Contoh bank yang mengamalkan perbankan Islam ialah Bank Islam Malaysia Bhd yang ditubuhkan di bawah Akta Perbankan Islam 983, disamping terdapat juga bank-bank konvensional yang sedia ada yang mewujudkan bahagian perbankan Islam.

Sistem ini beroperasi berdasarkan pernyataan, perkongsian, serta keadilan dan bukan berdasarkan “berusaha bersama dan beruntung bersama”. Hal ini membuktikan Perbankan Islam menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan dalam pembahagian keuntungan. Ciri-ciri Perbankan Islam ialah:

a) unsur riba (faedah) tidak dibenarkan

b) konsep kongsi untung dan kerjasama (Mudharabah dan Musyarakah) diamalkan

c) urus niaga dan pelaburan yang dilakukan mestilah bebas daripada unsur maisir (perjudian), gharar (ketidakpastian), penindasan, penipuan, pembaziran dan tidak bermoral

 

Sistem perbankan konvensional berlandaskan prinsip komersial iaitu menitik beratkan keuntungan dalam perniagaan. Bank dan institusi kewangan komersial mempertemukan dua pihak yang berurus niaga iaitu:

a) pihak penyimpan yang mempunyai dana wang berlebihan yang tidak digunakan
b) pihak pelabur yang menghadapi kekurangan dana wang untuk dilaburkan

Wang daripada pihak penyimpan dosalurkan sebagai pinjaman kepada pihak pelabur. Bank akan mengenakan faedahnya kepada pihak penyimpan. Ciri-ciri perbankan konvensional

a) membayar kaedah faedah kepada penyimpan
b) mengenakan faedah kepada peminjam atau pelabur
c)mengamalkan prinsip keuntungan maksimum dalam pelaburannya

PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM

PERBANKAN ISLAM (SPI)

SPK

SPI

-  Mengandungi unsur riba

- Mengharamkan unsur riba

- Tertakluk kepada peraturan BNM

- Tertakluk kepada peraturan BNM dan

   hukum syarak

-  Bebas melabur dalam semua sektor

   termasuk perjudian

-  Melabur hanya di tempat halal /tidak

    meragukan

-  Penasihat  terdiri daripada pakar

   perbankan konvensional sahaja

-  Penasihat terdiri daripada ulama,ahli

   akademik dan pakar perbankan Islam

JENIS BANK

  1. Bank pusat
  2. Bank perdagangan dan  Bank Islam
  3. Bank Saudagar
  4. Bank Badan Berkanun
  5. Bank Koperasi

 

FUNGSI  BANK NEGARA MALAYSIA

Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara

-      wang kertas dan syiling

-      kawal kiriman wang ke luar Negara

Menjadi jurubank kepada kerajaan

-      sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan

-      sebagai penasihat pelaburan kerajaan

-      jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan

Laksanakan dasar kewangan kerajaan

-     awasi tahap kredit

-     tetapkan nisbah rizab berkanun/aset mudah tunai

FUNGSI BANK PERDAGANGAN

  1. Terima simpanan – akaun simpanan / tetap/ semasa
  2. Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
  3. Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
  4. Beri  perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat

FUNGSI BANK SAUDAGAR

  1. Terima simpanan dari syarikat besar
  2. Beri pinjaman
  3. Beri khidmat nasihat korporat
  4. Urus pelaburan syarikat berhad
  5. Tangung jamin terbitan syer

FUNGSI BANK  BADAN BERKANUN

  1. Bank Simpanan Nasional

-      Terima simpanan – akaun simpanan/tetap

-      Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta

-      Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa Emas

-      Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah

  1. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

-      Biaya aset tetap  – tanah / bangunan

-      Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok barang niaga

-      Sedia skim kilang bimbingan – beri modal / khidmat nasihat

-      Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor pembuatan/pelancongan

-      Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

  1. Bank Pertanian Malaysia

-      Beri pinjaman – beli tanah/ mesin

-      Terima simpanan – akaun simpanan/tetap

-      Beri kemudahan sewa jentera

-      Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera

FUNGSI BANK KOPERASI

  1. Terima simpanan
  2. Beri pinjaman
  3. Tawar perkhidmatan perbankan Islam

 BANK ISLAM

-         Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah.

-         Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad.

-         tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.

-         Ciri iaitu;

·         Riba iaitu bunga atau faedah tidak dibenarkan

·         Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep perkongsian untung rugi)

·         Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan

-         ada tiga konsep:

·         Wadiah

·         Mudharabah

·         Musyarakah

PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN

  1. Menerima simpanan

(a)          Akaun Simpanan

-      amaun  simpanan yang kecil

-      boleh keluar bila-bila masa

-      dapat faedah

-      dapat kemudahan kad teller automatik

(b)         Akaun Semasa

-      Sesuai dibuka oleh peniaga

-      Dapat   guna cek

-      Tidak dapat faedah

-      Perkhidmatan dikenakan caj

-      Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit

(c)          Akaun Simpanan tetap

-      Simpanan mengikut tempoh – 3 bulan/ 6bulan

-      Simpanan minimum ditetapkan oleh bank

-      Kadar faedah  lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh

-      Bank beri sijil simpanan tetap – tidak boleh pindah milik tetapi boleh dicagar

  1. Kemudahan Pembayaran

(a)          Pindahan kredit

-      Bayaran terus ke akaun penerima

-      Boleh  bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek

-      Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang

-      Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku

-      Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun  di bank

(b)         Arahan tetap

-      Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank

-      Untuk bayaran  tetap /berkala seperti  sewa / insurans

-      Dapat bayar secara konsisten / tepat masa

-      Tidak perlu ingat tarikh bayaran

-      Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang

(c)      Pindahan elektronik/ telegraf / mel

i.   Pindahan elektronik

-    cara membayar  paling pantas

-    wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada akaun pemiutang di mana-mana bank secara on-line / guna kad ATM
ii.   Pindahan telegraf

-          Cara bayaran  pantas ke luar Negara

-          Bank arah bayaran dibuat  melalui teleks  ke cawangannya di luar Negara

-          Pelanggan dikenakan komisen/caj

iii. Pindahan mel

-          Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel

(d)     Draf Bank

-      Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan

-      Untuk bayar hutang/bil tertentu

-      Bayaran  terjamin

-      Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi  mesti                  didepositkan dalam akaun penerima

(e)      Cek Jurubank

-      Dikenali sebagai perintah juruwang

-      Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk bayaran  tertentu kepada penerima  dalam daerah yang sama

-      Kena bayar komisen

-      Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar

-      Cara bayaran yang meyakinkan penerima

2.Kemudahan Pembiayaan

(a)      Pinjaman

-     Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat

-     Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan

-     Kelulusan berdasarkan nilai cagaran/kemampuan bayar balik

-     Dikenakan faedah

-     Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/cagaran

-    Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan Pinjaman tidak bercagar

-    Pinjaman bercagar – ada cagaran yang nilainya lebih tinggi dari nilai pinjaman seperti geran tanah /geran rumah

-    Pinjaman tidak bercagar – tiada cagaran hanya bergantung kepada kepercayaan bank dan pihak penjamin

(b)     Overdraf

-    Satu bentuk wang pendahuluan

-    Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa

-    Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya

-    Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan mengikut kadar harian

FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPAT PINJAMAN DAN OVERDRAF

i.   Tujuan pinjaman / overdraf

-    mesti sesuai dengan syarat bank/ perlaburan yang berpotensi

ii.   Kedudukan kewangan

-   baik/boleh dipercayai

iii.  Nilai cagaran

-    mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman

iv. Dasar bank pusat

-   Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

4.       Perkhidmatan Lain

(a)      Kad Kredit

-        sejenis kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai

-        pemilik kad berhutang dengan pihak bank

-        dikenakan caj perkhidmatan

-        boleh  juga digunakan untuk bayar sewa hotel / tempah tiket penerbangan

(b)     Peti simpanan selamat

-        Untuk simpan barang berharga seperti  barang kemas/geran tanah

-        Dikenakan caj

(c)      Perbankan elektronik (e-banking)

-        Urusniaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit

-        pantas/mudah/ jimatkan kos

(d)    Tukaran mata wang asing

-        contoh: Ringgit Malaysia  tukar kepada Yen Jepun

(e)      Cek Kembara

-        dijual kepada pelanggan yang hendak ke luar negara

-        tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecurian

-        dijual dalam mata wang Dolar Amerika / Yen Jepun

-        boleh ditunai  serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing

(f)      Jaminan jurubank

-        Jaminan bank kepada pihak tertentu bahawa bank akan membayar segala hutang pelanggannya  jika pelanggannya tidak siapkan projek /

jelaskan hutang

-        Perlu  beri deposit kepada bank untuk dapatkan jaminan

-        Deposit ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang jika pelanggan tidak dapat siapkan projek

(g)    Perbankan Islam

-        Terima simpanan – Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun Pelaburan Mudharabah

-        Beri kemudahan pembiayaan – Ijarah / Al Rahnu

 CEK

 Maksud Cek  

-         Dokumen perintah bertulis

-         oleh penyimpan akaun semasa

-         kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran

-         sejumlah wang tertentu

-         pada tarikh tertentu

-         kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.

Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek

·                     Pesuruh bayar    -        bank yang mengeluarkan cek

·                     Penyuruh bayar  -        orang / pihak yang menandatangani cek

·                     Penerima           -        orang / pihak yang menerima bayaran

[orang / pihak yang namanya tercatat pada cek]

 

Jenis Cek

-         terdapat dua jenis iaitu;

·                     cek terbuka

·                     cek berpalang

  

Cek Terbuka

-         ada dua jenis iaitu;

·               Cek Pembawa

-               ada perkataan “atau pembawa” yang tidak dipotong

-               cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau

sesiapa sahaja

-               nama penerima boleh diganti dengan perkataan  “Tunai”

-               cek ini tidak selamat

·               Cek Perintah

-               perkataan “atau pembawa” telah dipotong

-               boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad

pengenalan

-               boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima

-               masih kurang selamat

Cek Berpalang

-               cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada

ditengah-tengah atau di penjuru atas sebelah kiri

-               cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank

-               mesti dimasukkan ke dalam akaun bank

-               cek ini lebih selamat

-               ada tiga jenis iaitu;

·              Cek Berpalang Am

-              ada 3 jenis iaitu dalam palang;

-              tidak ditulis dengan sebarang perkataan

-              ada perkataan  “& Co.”

-              ada perkataan “Tak Boleh Niaga”

-              tidak boleh dipindah milik

·               Cek Berpalang Khas

-              penerima cek mesti memasukkan cek ini ke dalam akaun bank yang

dinyatakan dalam palang

-               contoh:

·               jika dalam palang ada tulis “Maybank” -  penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya

di mana- mana  cawangan Maybank jika dalam palang ada tulis “Maybank ,

Tapah”

-             penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di

Maybank Tapah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: