BAB 5 PERGUDANGAN

Published Mei 10, 2012 by bunga2kuntum

Pergudangan

a)      Peranan pergudangan :

  • Menjamin keselamatan

–          Barang-barang disimpan dengan selamat

–          Barang-barang bebas daripada cuaca buruk , kecurian dan kehilangan

  • Menstabilkan harga

–          Gudang berfungsi sebagai sebuah ’kolam air’

–          Bekalan barang daripada pengeluar disimpan di dalam gudang dan dikeluarkan sedikit demi sedikit

  • Membolehkan pengeluaran dan penggunaan yang berterusan

–          Barang-barang yang mempunyai permintaan bermusim dapat disimpan di dalam gudang

–          Apabila ada permintaan , barang-barang tersebut dikeluarkan

  • Membolehkan kerja-kerja akhir dilakukan

–          Gudang dijadikan tempat memecahpukal lakukan kerja-kerja akhir seperti menggred , menimbang , membungkus dan menjenama barang

  • Mengelakkan kerosakan dan pembaziran

–          Keluaran lebihan terutama barang-barang pertanian dapat disimpan dalam gudang

–          Barang-barang pertanian seperti daging dan keju dapat disimpan dalam gudang penstorang sejuk dengan sempurna

  • Memudahkan perniagaan

–          Membolehkan barang-barang import dan eksport disimpan di dalam gudang sementara menunggu untuk dieksport atau diimport

–          Barang-barang yang cukaiyan belum dijelaskan boleh disimpan dalam gudang berbon sementara menunggu penjelasan cukai

b)      Ciri-ciri gudang yang baik :

  • Lokasi yang baik

–          Kedudukan gudang perlu diletakkan di tempat yang strategik

–          Perlu didirikan di tempat yang senang dihubungi oleh pelanggan , pembekal , pengimport dan pengeksport

  • Keselamatan

–          Barang-barang yang disimpan dalam gudang perlu dilindungi daripada kerosakan dan kecurian

  • Pengurusan yang cekap

–          Pengurusan yang cekap dapat menjamin keluar masuk barang ke gudang drngan lebih teratur dan sistematik

  • Ruangan yang luas

–          Gudang harus mempunyai ruang yang luas supaya barang-barang yang disimpan boleh disusun dengan teratur dan kemas

  •  Sesuai dengan barang yang disimpan

–          Sesebuah gudang perlu direka bentuk dan dilengkap dengan kelengkapan yang sesuai dengan kelengkapan yang sesuai drngan barang yang  disimpan untuk menjamin keselamatan barang

  • Peralatan yang serba lengkap

–          Untuk menjamin barang-barang mudah disimpan dan dikeluarkan , gudang harus dilengkapkan dengan peralatan yang mengcukupi

Jenis-jenis Gudang

a)      Gudang Peruncit dimiliki oleh peruncit untuk menyimpan barang-barang yang dibeli daripada pengeluar

b)      Gudang Pemborong dimiliki oleh pemborong dan penting untuk pemborong meyimpan barang-barang yang dibeli secara pukal daripada pengeluar

c)      Gudang Pengilang digunakan oleh pengilang untuk menyimpan bahan mentah dan bahan separuh siap yang digunakan dalam proses pengeluaran

d)     Gudang kerajaan dimiliki oleh kerajaan dan terletak di pintu masuk atau sempadan sesebuah Negara seperti pelabuhan dan stesen kereta api

e)      Gudang Penstoran Sejuk sejenis gudang khas yang dilengkapkan dengan alat hawa dingin atau alat kawalan suhu dan ini digunakan untuk menyimpan barang-bararng yang tidak tahan lama seperti dagin , ikan , buah-buahan dan bunga-bungaan .

f)       Gudang berbon perkhidmatan pergudangan yang memudahkan perniagaan antarabangsa dan digunakan untuk menyimpan barang-barang yang belum dibayar cukainya ( cukai eksais , cukai eksport . dan cukai import ) .

Kepentingan gudang dalam bon

a)      Kepada peniaga :

–          Membolehkan kerja-kerja terakhir dijalankan

–          Boleh menangguhkan pembayaran duti

–          boleh mengeluarkan barang dalam kuantiti kecil-kecilan

–          boleh mencagarkan barang-barang

–          membantu perniagaan entrepot

b)     Kepada pengeluar :

–          Membolehkan pengeluaran dijalankan secara berterusan

–          Boleh menjalankan kegiatan memproses bahan mentah dalam gudang

–          Boleh membawa keluar bahan mentah mengikut keperluan

–          Boleh menangguhkan pembayaran duti

–          Membolehkan pengeluarang dijalankan secara besar-besaran

c)      Kepada kerajaan :

–          Membantu pengutipan cukai

–          Mencegah pelarian cukai

–          Membekalkan maklumat import

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: