BAB 4 KOMUNIKASI

Published Mei 10, 2012 by bunga2kuntum

PERANAN KOMUNIKASI

  1. Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.

–          Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer, telefon dan internet.

  1. Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.

–          Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau internet.

  1. Memudahkan kegiatan promosi.

–          Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai penonton.

  1. Meluaskan pasaran barangan.

–          Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak jauh.

  1. Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.

–          Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan mesyuarat secara langsung antara      pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan sidang video.

  1. Mengelakkan kerugian dan kerosakan.

–          Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.

(ii)  Perkhidmatan Pos.

(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.

(iv) Perkhidmatan Kurier.

PERKHIDMATAN POS.

Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i).  Perkhidmatan Mel.

(ii).  Perkhidmatan kaunter.

(iii). Perkhidmatan Lain.

Perkhidmatan Mel.

·               Surat.

·               Poskad.

·               Aerogram.

·               Bahan bercetak.

·                Peket kecil.

·               Khidmat jawapan perniagaan.

o   digunakan oleh peniaga pesanan mel.

o   setem dilekatkan

·               Persuratan untuk orang buta.

o   majalah dan buku dalam bentuk Braille

·               Pos Ekspres.

o   menghantar dokumen dengan cepat.

o   tidak dilindungi oleh insurans

·               Pos Daftar.

o   hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar negara.                                 – dilindungi oleh insurans.

·               Bungkusan.

·               Mel Berinsurans.

o   memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang diposkan di dalam dan di luar negara.

o   pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang

·    Perkhidmatan Pos Laju.

o   menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.

o   serahan dari pintu ke pintu.

·  Data Pos.

o   membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,  sijil invois dan penyata akaun.

· Mel Terus.

o   digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya.

Perkhidmatan Kaunter.

Terdiri daripada 3 jenis :

a)        Perkhidmatan jualan – jual setem, sampul surat berdaftar, poskad.

b)       Perkhidmatan bayaran – bayaran kiriman wang dan wang pos.

c)        Perkhidmatan agensi  – TNB, ASN, BSN, LUTH.

 Perkhidmatan Lain.

i.        Pos Restante           –        Pengembara menggunakan alamat pejabat pos                                                 untuk menerima surat.

ii.       Peti surat, tiket serahan tingkap dan khidmat beg berkunci.

iii.      Frangki                  –       mesin mencetak setem dan tarikh pembayaran                                        pada sampul surat/mel.

iv.      Pusat khidmat pelanggan – melayani aduan pelanggan.

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Terbahagi kepada :-

· Perkhidmatan lisan

· Perkhidmatan bercetak

· Perkhidmatan Audiovisual.

a)    Perkhidmatan Lisan.

i. Perkhidmatan Telefon.- untuk individu.

–  Panggilan tempatan.

–  Panggilan sambung jauh terus dail.

–  Panggilan antarabangsa terus dail.

ii. Panggilan tanpa tol.- untuk peniaga.

iii.        Sidang Audio.

– mesyuarat antara 2 pihak yang berada di lokasi berbeza.

– setiap ahli perlu bercakap secara bergilir.

iv.        Telefon bimbit.

v. Videofon.

– Telefon dilengkapi dengan gambar video.

– membolehkan pemanggil dan penerima panggilan berbual

Serta melihat wajah pihak yang dihubungi.

vi.Radio Maritim.

– membolehkan panggilan telefon dibuat dari darat ke kapal-

kapal di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik.

– menggunakan satelit marin (MARISAT)untuk

menyampaikan berita serta mesej penting.

vii.Telestok.

– untuk pelabur yang ingin mengetahui harga saham yang di

urusniagakan di BSKL.

b)    Perkhidmatan Bercetak

i.              Telefeks – menghantar maklumat berbentukcarta,

gambar, laporan melalui mesin faksimili.

ii.           Teleks   – menghantar maklumat menggunakan

mesin teleprinter.

ii.            Telegram – menghantar maklumat bertulis

melalui rangkaian telegraf.

c)      Perkhidmatan Audiovisual.

i.            Sidang Video(Video Conferencing).

– menghubungi 2 atau lebih pihak di lokasi

yang berbeza.

–  mesyuarat jarak jauh melalui skrin pemancar.

ii.            Internet.

– rangkaian komputer yang menghubungkan

pelbagai maklumat dengan pantas di

seluruh dunia.

iii.           E-mel (Mel Elektronik)

– menghantar maklumat dengan cepat menerusi

rangkaian komputer.

iv.           MAYPAC.

– Rangkaian Data Awam Suis Peket Malaysia.

– menghantar dan menerima data melalui komputer.

PERKHIDMATAN KURIER.

Menghantar mel, dokumen dan bungkusan dengan segera seperti

invois, dokumen perjanjian dan laporan di dalam dan di luar

negara. Contoh : EMS, Pos laju Malaysia.

                        Kelebihan

  • penghantaran cepat dan selamat.
    • serahan pintu ke pintu.
    •  dapat perlindungan insurans.
    • menyediakan perkidmatan menghantar Kargo.’
    • Bagi bungkusan bercukai, syarikat Kurier akan menguruskan segala dokumentasi kastam bagi pihak pengirim.

Kekurangan

  • kos tinggi.
  • terhad kepada kiriman yang penting dan diperlukan sahaja.

Faktor Pemilihan Jenis Perkhidmatan Komunikasi

1.    Kesegaran.

– jika maklumat diperlukan segera – Teleks,

– telefaks

– internet.

– tidak diperlukan dengan segera  – melalui pos.

2.    Jenis maklumat.

berbentuk lisan – telefon.

– Grafik dan carta – mesin faksimile.

– Bahan bercetak  –  pos.

– Polisi insurans – kurier dan mel berinsurans.

3.    Kos.

– mengikut kemampuan syarikat.

– Perkhidmatan kurier lebih mahal daripada Perkhidmatan pos

biasa.

4.    Mudah didapati dan berhampiran.

– contoh: telefon dan pos mudah didapati.

5.    Jarak.

– jarak dekat – gunakan pos.

– jarak jauh  – mel udara, faksimile,internet, teleks

2 comments on “BAB 4 KOMUNIKASI

  • Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: