BAB 6 PROMOSI

1.  Maksud Promosi

–          satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan

–          menyedarkan pengguna tentang barangan

–          menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan

2.  Peranan Promosi

–          Menyampaikan maklumat

memberitahu kewujudan barang dipasaran

maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar

–          Mewujudkan pasaran baru

menyedarkan pengguna tentang barang baru

menarik minat membeli dan mengguna

–          Mengekalkan pasaran sedia ada

mengingatkan pengguna kepada jenama

mewujudkan pengguna setia

–          Meningkatkan dan meluaskan pasaran

membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna

menggunakan media yang liputan siarannya luas

–          Memujuk dan mempengaruhi pembeli

menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik

–          Memantapkan imej barang dan syarikat

barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna

–          Mengatasi pesaing

mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing

3.  Promosi dalam Pemasaran.

–          Strategi Pemasaran

·         Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi

·         Campuran pemasaran   – gabungan unsur penting pemasaran

Ø  Produk   – menghasilkan barang berorientasi pengguna menepati cita rasa, keperluan dan kehendak pengguna

Ø  Harga    –  disesuaikan mengikut keadaan pelanggan, persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan yang ingin diperolehi

Ø  Promosi  – ditumpukan kepada kumpulan sasaran menyedarkan pengguna tentang kewujudan barang menyampaikan maklumat, menarik

perhatian, meyakinkan dan mempengaruh pengguna

Ø  Agihan    – dihantar tepat pada masa ke tempat barang diperlukan.

4.  Jenis Promosi.

–          Pengiklanan

·         Memperkenalkan barangan baru

·         Mengingati sesuatu barangan

·         Mengekalkan pasaran barangan

·         Barangan lebih popular

·         Imej yang lebih baik

·         Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna

·         Mendapatkan maklumat sesuatu barangan

Ø  Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.

Ø  3 jenis gaya tarikan iklan

1)Pujukan Rasioal

– Mengaitkan sesuatu pembelian dengan

kepentingan peribadi pembeli.

– Pembelian barang dikatakan lebih

berfaedah, berkualiti, bernilai,

kesihatan, penjimatan

2) Pujukan emosi

– Menimbulkan perasaan positif supaya

orang ramai terdorong membeli.

– Mesej iklan ada unsur rasa kasih

sayang, takut, malu, bangga, gembira,

mengikis perasaan bimbang

3)Pujukan moral

– Sikap orang ramai tentang perkara

yang benar dan lebih wajar dilakukan.

– Mesej iklan

tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan,

persamaan hak, amalan tolong-menolong

Ø  Jenis Iklan

a) Iklan penerangan

–   memperkenal jenama baru dipasaran

–   ada maklumat harga, kegunaan, cara guna,

keistimewaan barangan

–   elak keraguan pengguna

b) Iklan memujuk

–   persaingan sesuatu barangan semakin

hebat di pasaran

–   bentuk keyakinan pengguna

–   terang kelebihan jenama, bandingkan

dengan jenama lain

–   menjadi iklan bertanding

c) Iklan mengingat

–   pengguna sentiasa mengingat sesuatu

jenama

–   disiarkan berulang-ulang

–   barangan telah lama di pasaran

Promosi Jualan

·         cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat

·         bantu tarik pelanggan baru

·         galakkan pengguna membeli

·         barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing

Ø  Promosi Pengguna

  mendorong pengguna membeli

–   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon

hadiah, potongan harga, pertandingan

Ø  Promosi pengedar

–   pemberian insentif kepada pemborong dan

peruncit supaya menambah pengedaran dan

jualan

–   pengedar ditawarkan diskaun, barang

percuma, hadiah wang, pertandingan jualan

Ø  Promosi jualan

–   galakkan jurujual menjual secara lebih

berkesan

–   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan

–   tempoh promosi jangka masa pendek

–          Jualan Terus

·         kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi

·         melalui jurujual

·         caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah

·         wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna

·         jurujual diberi komisen, diakaun

·         jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala

·         pengguna Dapat layanan peribadi

·         jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk

·         jurujual tahu reaksi pengguna

–          Publisiti

·         Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma

·         Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media

·         Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran

·         Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan

·         Maklumat dikawal syarikat media

·         Kelebihan – Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan

baik dengan orang ramai

·         Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak

sesuai, sukar dirancang

5. MEDIA PENGIKLANAN

JENIS MEDIA PENGIKLANAN

AKHBAR/MAJALAH

·         Liputan lebih luas

·         Kos murah berbanding yang lain

·         Boleh sertakan gambar/peneranan

·         Boleh dibuat secara warna warni

·         Boleh dibaca berulang kali

·         Boleh pilih ruang/mukasurat

HALAMAN KUNING

·        Ruang iklan di buku panduan telefon

·        Mudah untuk pelanggan

·        Disusun ikut abjad

TELEVISYEN

  • Liputan luas
  • Ada gambar dan penerangan lengkap
  • Boleh diselitkan muzik
  • Lebih berkesan sebab audio visual
  • Boleh pilih masa siaran
  • Boleh menaja rancangan

POSTER/PAPAN TANDA/ SEPANDUK

·        Kos murah

·        Menarik perhatian pengguna

·        Boleh pilih sasaran pasaran

RADIO

·         Liputan luas

·         Penerangan lengkap

·         Boleh diselitkan muzik

·         Boleh disiarkan bila-bila masa

·         Boleh taja rancangan

INTERNET

·         Liputan luas ke selruruh dunia

·         Boleh masukkan kesan animasi/audio visual

·         Boleh terus pesan barang on line

·         Kos murah jika pandai bina laman web sendiri

LAMPU NEON

·         Cantik dan menarik

·         Jelas pada waktu malam

·         Boleh jadi pandu arah kepada pengguna

·         Boleh guna untuk tempoh lama

PAMERAN/EKSPO

·         Sampai ke sasaran pengguna

·         Pengguna boleh cuba barang dan Tanya

·         Boleh kesan masalah pengguna

·         Hubungan 2 hala dengan pelanggan

6.           PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN

Faktor Pemilihan Media Pengiklanan

·         Jenis dan sifat barangan

*        barangan teknikal          – televisyen, pameran, internet

– perlu penerangan dan tunjuk ajar

*        barangan baru                – sampel percuma

*        barang perhiasan                       – majalah wanita

*        perkakas dapur               – pameran, ekspo

– perlu tunjuk ajar jurujual

*        perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah

·         Kos Pengiklanan

*        ikut kemampuan peniaga

*        peniaga kecil-kecilan         – media murah

– papan tanda/risalah

*        syarikat besar                   – media mahal

– televisyen/ akhbar/ majalah

·         Tujuan Pengiklanan

*        akhbar                           – matlamat sampaikan maklumat ke seluruh                                                     negara

– barangan baru

*        sampel percuma dan borang maklum balas

– ingin tahu sambutan orang ramai

*        televisyen/radio/internet

– untuk atasi pesaing

– menarik dan liputan luas

·         Saiz Perniagaan

*        syarikat besar                          – media mahal

– televisyen/akhbar

*        perniagaan kecil-kecilan     – media murah

– risalah/poster/sepanduk

·         Sasaran Pengguna

*        golongan pengguna yang diharapkan membeli

*        sampai mesej kepada golongan yang betul

*        peralatan sukan             – majalah sukan

*        barang kemas                            – majalah wanita

·         Luas Pasaran

*        barangan pasaran           – risalah/papan

*        setempat tanda/poster/sepanduk

*        pasaran seluruh negara     – televisyen/akhbar negara

*        pasaran antarabangsa       – televisyen setelit/internet

– majalah antarabangsa

·         Dasar Kerajaan

*        peraturan mesti dipatuhi

*        penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,

*        arak dan rokok dilarang dalam iklan tv

*        dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: