SOALAN KERTAS 1 (1)

1.  Kehendak manusia dikatakan berbeza daripada keperluan manusia kerana…..

A. Kehendak semua manusia adalah samata

B. Keperluan manusia adalah berbeza-beza

C. Kehendak manusia adalah pelbagai dan tidak terhad

D. Keperluan manusia berubah-ubah mengikut peredaran masa

 

Soalan 2 berdasarkan maklumat yang berikut

  • Setiap penduduk di Malaysia dibenarkan mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan

2. Pernyataan di atas merujuk kepada…

A. Keperluan Fisiologi

B. Keperluan Kasih Sayang

C. Keperluan Penghargaan Diri

D. Keperluan Sempurna Kendiri

 

3. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan maksud pengeluaran?

A. Urusan jual beli yang membawa keuntungan

B. Kegiatan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna

C. Aktiviti melakukan pekerjaan mengikut pengkhususan

D. Aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi

kehendak manusia

 

4.  Antara berikut,yang manakah benar tentang pengeluaran langsung?

I           Diamalkan pada masa kini

II           Diusahakan secara kecil-kecilan

III          Jumlah keluaran biasanya sedikit

IV         Mencukupi untuk keperluan keluarga

  1. I,II dan III                       C. I,III dan IV
  2. I,II dan IV                       D. II,III dan IV

 

Soalan 5 berdasarkan rajah di bawah ini

Kaji selidik teknik tanaman nenasPengeluaran nenas pengetinan nenas

Berdasarkan rajah di atas, pilih bidang pengeluaran yang terlibat

A. Ekstratif dan perkilangan

B. Perkilangan dan khidmat langsung

C. Khidmat langsung, ekstratif dan perkilangan

D. Ekstratif, perkilangan dan perdagangan

 

6. Dalam urusniaga system barter, individu yang manakah menghadapi masalah untuk  membahagikan barang yang hendak ditukar?

A. Pengeluar beras

B. Pengeluar jagung

C. Pemilik ternakan lembu

D. Nelayan

 

7. Antara berikut,pernyataan yang manakah tidak benar?

A. Perdagangan merupakan salah satu cabang perniagaan

B. Perniagaan adalah aktiviti jual beli yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan

C. Aktiviti perdagangan merangkumi perniagaan dan juga bantuan perniagaan

D. Seseorang yang terlibat dalam aktiviti perdagangan juga terlibat dalam aktiviti

pengeluaran.

 

8. Barang yang ditempah khas oleh pengguna sesuai diagihkan melalui jenis saluran agihan..

A. Pengeluar-pengguna

B. Pengeluar-peruncit-pengguna

C. Pengeluar-ejen-pengguna

D. Pengeluar-pemborong-peruncit-pengguna

 

9. Salah satu peranan peruncit ialah menjalankan kerja-kerja akhir. Antara yang berikut kerja-kerja akhir manakah yang tidak dijalankan oleh peruncit kedai am?

I.      Menggred

II.      Menimbang

III.     Membungkus

IV     Menjenama

A. I dan II                   C. III dan IV

B  II dan III                  D. I dan IV

 

Soalan 10 berdasarkan maklumat yang berikut

Fungsi peruncit ialah menyediakan perkhidmatan selepas jualan

10. Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan situasi di atas?

A. Puan Mariah membeli barang dalam kuantiti yang banyak di pasar raya

B  En. Chelliah membeli perabot daripada kedai perabot Siong Huat.

C. En. Mudin membeli belah di Pasar Raya Besar Giant

D. En. Abu membeli 1 kilogram beras di Kedai Runcit Pak Ali.

 

11. Peniaga yang mengendalikan pasar raya besar sanggup menjual barang pada harga yang murah kerana….

A. Mengamalkan layan diri

B. Membeli stok secara pukal

C. Kos overhed adalah rendah

D. Mempunyai aset yang banyak.

 

12.  Pejabat pos bertindak sebagai ejen bagi peniaga yang menjalankan perniagaan…

A. Jualan langsung

B. Francais

C. Pesanan Mel

D. Kedai katalog

 

13. Pemborong biasanya akan menyampaikan maklumat pasaran. Bagi seorang pengeluar, fungsi ini dapat menjimatkan kos…

A. Promosi

B. Pergudangan

C  Penyelidikan pemasaran

D  Memecah pukal

 

14. Apakah persamaan antara pemborong satu barisan dengan pemborong khusus\\\.

A. tidak menjual pelbagai jenis jenama barang

B. Tidak memberikan khidmat nasihat

C. Tidak menyediakan khidmat pengangkutan

D. Tidak menyediakan kemudahan kredit

 

15. Antara yang berikut, yang manakah dokumen perniagaan yang bertindak sebagai bukti bahawa syarikat pengangkutan telah menyempurnakan urusan pengahantaran barang?

A. Nota Serahan

B. Nota Kiriman

C. Nota Makluman

D. Invois

 

16. Kaedah jualan tunai kurang sesuai bagi barang yang…

A. Berat

B. Tahan lama

C. Murah

D. Bernilai tinggi

 

17.  Pernyataan di bawah berkaitan dengan kaedah jualan.

  • Hak milik barang akan dipindahkan kepada pembeli sebaik sahaja pembeli membayar deposit
  • Baki akan dibayar secara ansuran

 

Antara berikut, kaedah jualan manakah menepati keterangan di atas?

A. Sewa Beli

B. Jualan tunai

C. Jualan Prabayar

D. Bayaran Tertunda

 

18. Walaupun jualan kredit boleh merugikan pembeli,namun kaedah jualan ini masih berleluasa kerana….

A. Pengguna rata-rata miskin

B. Sesetengah barang adalah barang keperluan harian

C. Keperluan pengguna adalah pelbagai

D. Menjual mengadakan promosi secara meluas

 

19. Apakah ciri-ciri am jualan kredit?

I           Pembeli dikenakan wang pendahuluan

II           Hak milik barang di tangan penjual sehingga tamat bayaran

III          Ada perjanjian bertulis antara penjual dan pembeli

IV         Pembeli berhak menarik balik barang

A. I dan II               C. II dan IV

B. I dan III               D. III dan IV

 

  • Pemborong menghantar barang kepada peruncit
  • Peruncit dibayar komisen ke atas barang yang dijual
  • Barang yang tidak habis dijual dipulangkan semula kepada pemborong.

 

20.  Berikut adalah maklumat mengenai sejenis kaedah jualan.

Apakah kaedah jualan tersebut?

A. Jualan tunai

B. Jualan kredit

C. Jualan prabayar

D. Jualan Konsainan

 

21.  Apakah kpentingan perniagaan antarabangsa kepada negara?

A. dapat mengurangkan aliran keluar mata wang negara

B. dapat mengelakkan kemelesetan ekonomi

C. dapat membangunkan ekonomi negara

D. dapat mengurangkan imbangan pembayaran negara

 

22.   Petronas mengeksport gas asli ke Jepun menggunakan kapal yang dimiliki oleh syarikat

perkapalan tempatan.Hal ini merujuk kepada…..

A. eksport dan import tak nyata

B. eksport nyata dan tak nyata

C. import nyata dan tak nyata

D. eksport tak nyata dan import nyata

 

23. Mengapakah pihak kerajaan mengenakan tarif import terhadap import barang tertentu?

A. Mengurangkan pergantungan terhadap barang import

B. Meningkatkan hasil kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan

C. Menjamin sumber bahan tempatan digunakan secara optimum

D. Melindungi industri tempatan yang mengeluarkan barang yang sama.

 

24. Berikut adalah ciri perbankan konvensional kecuali

A. mempelbagaikan perlaburan dalam semua jenis sector

B. membayar faedah dan dividen atas simpanan

C. tertakluk kepada akta BAFIA

D. mengamalkan perkongsian untung rugi

 

25 Pengurusan dan perjalanan Bank Islam adalah berdasarkan tiga konsep utama, iaitu

I           Wadiah

II           Mudharabah

III          Musyarakah

IV         Bithaman Ajil

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I,III dan IV

D. II,III dan IV

 

26.Apakah fungsi Bank Pusat?

I           Mengeluar dan mengawal mata wang

II           Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

III          Menjadi jurubank kepada orang ramai

IV         Melaksanakan dasar kewangan

A. I dan II

B. I,II dan IV

C. I,III dan IV

D. I,II ,III dan IV

 

27.Berikut merupakan contoh bank badan berkanun,kecuali

A. Bank Rakyat

B. Bank Pertanian Malaysia

C. Bank Simpanan Nasional

D. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

 

28. Jika Encik Lim mempunyai RM30 000, apakah akaun yang sesuai untuk menyimpan wang

tersebut?

A. Akaun Semasa

B. Akaun Simpanan

C. Akaun Tabungan

D. Akaun Simpanan tetap

 

29. Antara berikut,yang manakah menerangkan kemudahan pembayaran dengan betul?

A. Untuk membuat bayaran berulang-pindahan mel

B. Membuat bayaran kepada penerima di daerah sama yang sama-draf bank

C. Membuat bayaran terus ke dalam akaun penerima-pindahan kredit

D. Pindahan bayaran dari akaun ke akaun secara elektronik-arahan tetap

 

30. Antara berikut,yang manakah bukan kelebihan penggunaan cek?

A. Selamat digunakan

B. Kepelbagaian penggunaan

C. Mudah melakukan pembayaran

D. Memerlukan masa untuk penjelasan

 

31. Pernyataan berikut menerangkan tentang ciri-ciri cek.

  •    Tidak boleh ditunaikan di kaunter
  • Mempunyai dua garisan selari yang merentangi permukaan cek

 

 

 

Antara berikut, cek yang manakah mempunyai ciri-ciri seperti di atas?

I           Cek perintah

II           Cek pembawa

III          Cek berpalang am

IV         SCek berpalang khas

A. I dan II                  C. II dan IV

B. I dan III                  D. III dan IV

 

32. Insurer dapat menanggung tuntutan ganti rugi daripada insured dengan mengamalkan

konsep?

A. pengumpulan modal

B. pengumpulan belanja

C. pengumpulan risiko

D. pengumpulan untung

 

33. Antara berikut, yang manakah bukan risiko yang tidak boleh diinsuranskan?

A. Peperangan

B. Kemerosotan ekonomi

C. Tuntutan pihak ketiga

D. Perubahan cita rasa pengguna

 

34. Pernyataan berikut berdasarkan prinsip insurans.

  • Seseorang hanya boleh menginsuranskan harta milikan sendiri sahaja.

 

Prinsip tersebut merujuk kepada

A. Indemniti

B. Sumbangan

C. Penuh percaya mutlak

D. Kepentingan boleh insurans

 

35. Apakah prinsip penuh percaya mutlak?

A. Insured tidak boleh menginsuranskan harta orang lain

B. Insured menerima ganti rugi setakat kerugian sahaja

C. Insured tidak boleh mendapat ganti rugi daripada pihak lain

D. Insured mesti memberi maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan

 

36. Puan Lee wah ingin membeli polisi insurans pendidikan untuk anaknya yang berusia 9 tahun.

Susun langkah yang perlu dilakukan olehnya.

I           mendapatkan maklumat insurans pendidikan

II           memahami maklumat insurans pendidikan

III          membayar premium

IV         mendapatkan nota lindungan

A. II,I,III dan IV

B. IV,II, III dan I

C. IV, III,II dan I

D. I,II,III dan IV

 

37. Antara berikut yang manakah benar mengenai pengangkutan darat?

I           merupakan pengangkutan paling popular

II           boleh dibahagikan kepada pengangkutan jalan raya dan pengangkutan rel

III          pengangkutan darat di Malaysia dikawal oleh kerajaan

IV         pengangkutan yang menjadi pilihan utama kepada penduduk pendalaman

A. I dan II                      C. II dan IV

B. I dan III                      D. III dan IV

 

38. Pernyataan di bawah merujuk kepada jenis pengangkutan.

  • Helikopter
  • Kapal terbang

Antara berikut, yang manakah kelebihan pengangkutan di atas?

I           Pantas dan selesa

II           Ruang muatan yang luas

III          Menghubungi kawasan pedalaman

IV         Sesuai mengangkut barang bernilai dan diperlukan segera

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I,III dan IV

D. II,III dan IV

 

39. Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai pengkontenaan?

A. Menjamin keselamatan barang

B. Menjimatkan masa dan kerja pemunggahan

C. Memudahkan peraturan dan dokumentasi kastam

D. Tidak memerlukan system pengangkutan yang bersepadu.

 

40. Apakah faktor yang menentukan pemilihan jenis pengangkutan?

I           Jenis barang

II           Dasar kerajaan

III          Saiz dan kuantiti barang

IV         Jarak serta tempat yang dilalui

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I,III dan IV

D. II,III dan IV

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: