SOALAN KERTAS 1 (2)

KERTAS 1

SOALAN OBJEKTIF

Jawab semua soalan

Arahan:  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan.

 

1. Pernyataan berikut berkaitan dengan manusia.

Susah untuk dipenuhi semuanya dan tidak terhad

Pernyataan di atas menerangkan

A   kehendak manusis

B   keperluan manusia

C   masalah kekurangan sumber

D   masalah ekonomi sesebuah negara

 

2. Keperluan fisiologi mengikut Hierarki Keperluan Maslow merangkumi

A   keperluan keselamatan

B   keperluan sempurna kendiri

C   keperluan kasih sayang dan dihargai

D   keinginan memperoleh kepuasan hidup

 

3. Manakah antara pernyataan berikut menerangkan matlamat sesuatu pengeluaran dilakukan?

A   Pengeluaran dilakukan untuk memperoleh

keuntungan

B   Pengeluaran barang adalah untuk mencipta

nilai faedah manusia

C   Pengeluaran adalah untuk memuaskan

keperluan dan kehendak manusia

D   Pengeluaran ialah penghasilan nilai faedah

masa, tempat, tempat bentuk dan milikan

 

4. Sesuatu aktiviti itu dianggap pengeluaran jika

A   memberi pilihan kepada pengguna

B   memberi keuntungan kepada penjual

C   memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

D   memberi keselesaan kepada pengguna dan penjual

 

5. Manakah antara berikut menerangkan tentang cabang-cabang pengeluaran?

A   Pengeluaran terbahagi kepada dua cabang

yang utama

B   Pengeluaran merupakan sebahagian

daripada perdagangan

C   Pengeluaran terdiri daripada perusahaan,

khidmat langsung dan perdagangan

D   Pengeluaran merupakan aktiviti mengagih

dan menghasilkan barang kepada

pengguna

 

6. Apakah maksud sistem barter?

A   Amalan pertukaran barang tanpa melibatkan  wang

B   Amalan pertukaran barang dengan perkhidmatan mengikut nilai wang

C   Pertukaran barang dengan perkhidmatan tanpa melibatkan mata wang

D   Pertukaran perkhidmatan dengan perkhidmatan tanpa melibatkan mata wang

 

7. Perdagangan dan perniagaan dikaitkan dengan pengeluaran kerana

A   menyediakan bahan mentah yang

mencukupi

B   membantu dalam proses mencipta nilai

faedah

C   terlibat dalam meningkatkan mutu dan
kuantiti keluaran

D   terlibat dalam pengkhususan mengikut

pekerjaan

 

8. Saluran agihan yang ringkas dan pantas paling sesuai untuk

A   perabot rumah

B   alat ganti kereta

C   mesin berteknologi tinggi

D   buah-buahan dan sayur-sayuran

 

9. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi peruncit?

I   Menyediakan beraneka jenis barang

pengguna

II   Menjual dalam kuantiti yang dikehendaki

pelanggan

III   Memberi dorongan harga dan hadiah

kepada pelanggan

IV   Menjual secara kredit kepada pelanggan tetap sahaja

A   I, II dan III         C   I, III dan IV

B   I, II dan IV         D   II, III dan IV

 

10. Peruncit merujuk kepada

A   peniaga yang beroperasi di kawasan

kampung

B   peniaga yang hanya menjual barang

keperluan harian

C   peniaga yang menjual barang keperluan

harian

D   peniaga yang menjalankan perniagaan

secara kecil-kecilan

 

  •  kedai besar bertingkat-tingkat yang mempunyai pelbagai
  • jabatandikawal oleh Lembaga Pengarah
  • jualan secara tunai atau kad kredit

11. Apakah jenis perniagaan runcit tersebut?

A   Penjaja

B   Pasar Raya

C   Kedai serbaneka

D   Gedung aneka jabatan

 

12. Antara barang berikut, yang manakah tidak sesuai dijual melalui mesin peruncitan automatik?

A   Gula-gula

B   Surat khabar

C   Minuman dalam tin

D   Buah-buahan siap dipotong

 

13. Manakah antara pernyataan berikut bukan fungsi pemborong dalam saluran agihan?

A   Menstabilkan harga

B   Menjamin bekalan yang berterusan

C   Menyimpan stok dan memperagakan

barang

D   Membantu menyampaikan maklumat

pasaran

 

14. Antara berikut, yang manakah pemborong berfungsi penuh?

A   Broker

B   Pemborong Khusus

C   Pemborong Jober para

D   Pemborong berfungsi terhad

 

15. Apakah maksud jika harga disebutkan sebagai syarat angkutan dibayar?

A   Harga termasuk kos angkutan

B   Harga tidak termasuk kos angkutan

C   Kos angkutan dibayar oleh pembeli

D   Kos angkutan ditanggung oleh pembeli

 

16. Antara pernyataan berikut, yang manakah kelebihan jualan tunai kepada penjual?

I   Bebas daripada hutang

II   Harga barang lebih murah

III   Membantu pusingan modal

IV   Mengelakkan hutang lapuk

A   I, II dan III             C   I, III dan IV

B   I, II dan IV             D   II, III dan IV

 

  • barang dapat digunakan sebaik sahaja

pembeli mejelaskan wang pendahuluan

dan menandatangani perjanjian

 

17. Kaedah jualan yang manakah sesuai dengan pernyataan di atas?

A   Sewa beli

B   Jualan tunai

C   Jualan Konsainan

D   Bayaran Tertunda

 

18. Maklumat berikut menunjukkan kelemahan sejenis kaedah jualan kepada penjual.

 Menanggung risiko hutang lapuk kerana barang menjadi hak milik pembeli sebaiksahaja bayaran pendahuluan dibuat

 

Apakah kaedah jualan tersebut?

A   Prabayar                C   Konsainan

B   Sewa beli               D   Bayaran tertunda

 

19. Antara berikut, perkhidmatan yang manakah menggunakan kaedah jualan prabayar?

I   Perkhidmatan bas

II   Perkhidmatan tol lebuh raya

III   Perkhidmatan telefon bimbit

IV   Penggunaan bekalan elektrik

A   I, II dan III                C   I, III dan IV

B   I, II dan IV                D   II, III dan IV

 

20. Rajah 1 berkaitan dengan satu kaedah jualan.

Kaedah jualan

Konsainan

 

Penjual menggunakan kaedah tersebut dengan tujuan

A   mengurangkan kos jualan

B   mengelakkan risiko kerugian

C   memperkenal dan menjual produk baru

D   mengumpulkan maklumat pasaran

daripada pengguna

 

21. Apakah faedah yang boleh diperoleh pengguna daripada perniagaan antarabangsa?

A   Memberi pelbagai pilihan barang

B   Meningkatkan pendapatan negara

C   Memberi maklumat tentang pasaran luar

negara

D   Dapat menjimatkan kos pengeluaran

sesebuah negara

 

22. Antara berikut, yang manakah aktiviti import tak nyata?

A   Membeli alat ganti kereta dari Jepun

B   Menerima pelancong dari Taiwan sempena

Tahun Melawat Malaysia

C   Mendapatkan khidmat pemain bola sepak

profesional dari Brazil

D   Mendapat pesanan batik sutera dari negara

Timur Tengah

 

23. Manakah antara yang berikut, bukan halangan dalam perniagaan antarabangsa?

A   Pertukaran nilai mata wang

B   Penggunaan bahasa yang berlainan

C   Prosedur kastam dan pelbagai sekatan

sesebuah negara

D   Pengangkutan barang dari sebuah negara

ke sebuah negara

 

24. Sistem perbankan konvensional berlandaskan prinsip komersial, iaitu mengutamakan

I   keadilan

II   kecekapan

III   keuntungan

IV   perkongsian untung rugi

A   I dan II              C   II dan III

B   I dan IV             D   III dan IV

 

25. Apakah prinsip asas dalam Bank Islam?

I   Tidak membenarkan riba

II   Mengamalkan konsep mudharabah

III   Mendapatkan keuntungan maksimum

IV   Membenarkan unsur maisir dan gharar

A   I dan II                C   II dan III

B   I dan IV               D   III dan IV

 

26. Pernyataan yang manakah menunjukkan fungsi Bank Negara Malaysia?

I   Mengeluar dan mengawal mata wang

II   Memberi pinjaman kepada syarikat

korporat

III   Menetapkan kadar pertukaran mata wang

Asing

IV   Menjadi jurubank kepada bank

Perdagangan

A   I dan II                 C   III dan IV

B   II dan III               D   I dan IV

 

27. Setiap pelaburan dalam sistem perbankan Islam adalah mengikut hukum syarak dan tidak terlibat dalam

I   spekulasi

II   perjudian

III   makanan segera

IV   jualan minuman keras

A   I, II dan III            C   I, III dan IV

B   I, II dan IV            D   II, III dan IV

 

28. Jika Encik Kim mempunyai RM20 000. Apakah akaun yang sesuai untuk

menyimpan wang itu?

A   Akaun semasa

B   Akaun tabungan

C   Akaun simpanan

D   Akuan simpanan tetap

 

29. Berikut adalah maklumat mengenai Puan Kamisah.

Puan kamisah menghadapi masalah untuk membayar sewa rumah dan ansuran kereta kerana kesibukannya

perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank perdagangan yang dapat mengatasi masalah Puan Kamisah?

A   Overdraf              C   Cek jurubank

B   Arahan Tetap       D   Pindahan Telegraf

 

30. Apakah kelebihan cek berpalang berbanding cek terbuka?

A   Lebih selamat

B   Caj bank ke atas cek lebih murah

C   Boleh ditunaikan di kaunter bank

D   Boleh dikemukakan di mana-mana bank

 

31. Antara berikut, cek manakah yang belum dituliskan jumlah bayarannya?

A   Cek mati             C  Cek kosong

B   Cek bertanda       D  Cek dalaman

 

32. Insurans sebenarnya ialah

A   satu cara perkongsian risiko

B   satu cara simpanan yang terpaksa

C   sejenis perkongsian perniagaan

D   usaha untuk mengurangkan kekerapan kejadian risiko harian

 

33. Pilih pasangan yang benar mengenai jenis risiko di bawah.

Risiko tidak boleh diinsuranskan

Risiko boleh diinsuranskan

A Risiko yang kekerapannya tidak dapat ditentukan secara kaedah statistik Risiko yang kemungkinan berlaku dan ditentukan secara perangkaan
B Insurer mengenakan premium berdasarkan kekerapan kejadian risiko Insurer tidak mempunyai sebarang rekod dan tidak dapat mengira premium
C Contoh risiko ialah kecurian dan kerugian perniagaan Contoh risiko ialah kemalangan dan peperangan
D Risiko yang jarang berlaku pada setiap individu dan berlaku secara tiba-tiba Risiko yang berlaku pada setiap individu dan boleh berlaku bila-bila masa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

34. Berdasarkan prinsip kepentingan boleh insurans, yang manakah boleh diinsuranskan oleh Encik Chan?

I   Keretanya sendiri

II   Kerugian perniagaannya

III   Rakan kongsi perniagaannya

IV   Rumah banglo milik ibu saudaranya

A   I dan II            C   II dan IV

B   I dan III           D   III dan IV

 

35. Puan Shirley akan menerima pampasan daripada syarikat insurans bedasarkan prinsip doktrin sebab hampiran jika

A   butik yang diinsuranskan dengan insurans

kebakaran telah terbakar

B   kedai milik suaminya yang diinsuranskan

dengan kinsurans kecurian telah dipecah

masuk

C  anaknya yang mempunyai insurans

pendidikan berjaya melanjutkan pelajaran

ke universiti

D   pekerja di butiknya yang diinsuranskan

dengan insurans jaminan setia telah

ditimpa  kemalangan

 

36. Susun langkah-langkah yang perlu diambil untuk membeli polisi insurans.

I   Menerima polisi

II   Menandatangani perjanjian

III   Mengisi borang cadangan

IV   Membayar premium pertama

A   III, II, IV, I           C   IV, III, II, I

B   I, II, III, IV           D   III, IV, I, II

 

37. Antaraberikut, yang manakah benar tentang pengangkutan darat?

I   Merupakan pengangkutan paling popular

II   Pengangkutan utama bagi penduduk

pedalaman

III   Terbahagi kepada pengangkutan jalan

raya  dan pengangkutan rel

IV   Pengangkutan darat di Malaysia dikawal

sepenuhnya oleh kerajaan

A   I dan II                  C   II dan IV

B   I dan III                 D   III dan IV

 

38. Jika kerajaan ingin menyalurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan di kawasan terpencil di Sarawak, jenis pengangkutan yang sesuai digunakan ialah

A   treler                C   jet pejuang

B   helikopter        D   kapal terbang

39. Pernyataan yang manakah benar tentang pengkontenaan?

I   Boleh disusun untuk menjimatkan ruang

II   Boleh mengangkut barang sekali gus

III   Kos modal yang rendah

IV   Kukuh, boleh dikunci dan dipateri

A   I, II dan III         C   I, III dan IV

B   I, II dan IV         D   II, III dan IV

 

40. Apakah faktor yang mnentukan pemilihan jenis pengangkutan?

I   Jenis barang

II   Dasar kerajaan

III   Saiz dan kuantiti barang

IV   Jarak serta tempat yang dilalui

A   I, II dan III         C   I, III dan IV

B   I, II dan IV         D   II, III dan IV

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: