SOALAN KERTAS 2 (2)

1. a) (i)      Terangkan maksud pengeluaran ?     (3M)

(ii)     Terdapat tiga cabang utama dalam pengeluaran. Terangkan secara ringkas

berkaitan perusahaan.   (4M)

b) (i)    Nyatakan perbezaan antara  usahawan dengan penia     (5M)

(ii)    Terangkan empat peranan usahawan.   (8M)

c)    Rajah 1 berkaitan dengan pengkhususan.

Pengkhususan

RAJAH 1

Kawasan

Proses

Profesion

Antarabangsa

Mengapakah industri moden mengamalkan pengkhususan

dalam pengeluarannya?  (5M)

 

 

2. a)     Nyatakan fungsi pemborong dalam saluran agihan kepada pengguna (4M)

b)     Jualan prabayar merupakan fenomena baru di dalam bidang perniagaan runcit.

Nyatakan kelebihan kaedah jualan prabayar kepada penjual.   (5M)

c) (i) Malaysia mengimport barang dari luar negara untuk menampung kekurangan

dalam negara. Pada masa yang sama, Malaysia juga mengeksport keluarannya

ke luar negara. Terangkan faktor yang menyebabkan wujudnya perniagaan

tersebut. (8M)

(ii) Jelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada :

a) pengguna

b) negara (8M)

 

 

3. a)  Ramli menginsuranskan kedainya daripada kebakaran sebanyak RM60 000. Kedainya

musnah dijilat api dan kosnya untuk membina semula kedai itu ialah RM50 000.

i) Mengapakah Ramli tidak boleh menuntut RM60 000, sedangkan itu adalah

jumlah yang diinsuranskan?   (4 markah)

ii) Nyatakan peranan insurans kepada En. Ramli. (5 markah)

b) Terangkan perbezaan antara risiko boleh insurans dan risiko tidak boleh insurans.    (7M)

c) (i) Apakah kebaikan insurans kebakaran kepada pemilik-pemilik premis dalam sebuah

kawasan perkilangan?    (4M)

(ii) Terangkan prosedur-prosedur yang terlibat untuk menuntut ganti rugi.  (5M)

 

 

4. a)   Huraikan kemudahan  pembayaran di bawah :

(i) Arahan tetap

(ii) Pindahan kredit   (4M)

b) (i)  Mengapa penggunaan kad kredit semakin popular? Jelaskan.   (4M)

(ii) Pernyataan berikut berkaitan dengan pemilik Pusat tuisyen Bestari, En. Zakaria.

En. Zakaria ialah pemilik Pusat tuisyen Bestari .Pusat ini menyediakan buku kerja bag murid-murid. En. Zakaria telah diarahkan membayar RM6 050 oleh pengusaha Kedai Buku Pustaka Rakyat, Selangor sebagai bayaran bagi buku kerja yang dibekalkan. Akaun semasa Kedai Buku Pustaka Rakyat ialah Bank Cahaya, Selangor. Pihak Kedai Buku Pustaka Rakyat meminta En. Zakaria agar membayar dengan cek palang akaun penerima sahaja

Lakarkan cek yang dikeluarkan oleh En. Zakaria.   (5 markah)

c) Berikan sebab cek dianggap sebagai cek tak laku.  (4M)

d) Terdapat juga institusi kewangan lain yang memainkan peranan penting dalan hal

kewangan.Antaranya ialah Syarikat Pemfaktoran. Huraikan cara pemfaktoran

beroperasi.   (8M)

 

 

5. a) Nyatakan peranan pengangkutan dalam perniagaan.    (5M)

b) Pengangkutan laut masih lagi menjadi pilihan peniaga dalam mengeksport

barang-barang ke luar negara. Mengapakah sedemikian?  (5M)

c)  Maklumat berikut dipetik daripada sebuah akhbar tempatan

… kerajaan dijangka mengimport gula sebanyak 300 000 tan metric sebulan dari Filipina untuk mengatasi masalah kekurangan gula yang kritikal.

 

 

 

 

Terangkan faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memilih jenis pengangkutan

bagi barang di atas.   (9M)

d) Nyatakan kebaikan pengkontenaan.   (6M)

 

 

BAHAGIAN B

Baca dengan teliti kes di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Pak Mat adalah seorang pesara. Beliau telah membuka sebuah kedai menjual barang keperluan harian di kampungnya., Kampung Kota. Pekerjaan utama penduduk di situ ialah penoreh getah.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal RM10 000. Dalam mengendalikan perniagaan, beliau hanya dibantu oleh isterinya. Pak mat mendapat bekalan barang niaga daripada pembekal-pembekal yang datang ke kampung itu.

Memandangkan lokasi Kampung Kota agak jauh dari bandar, maka kedai Pak Mat telah menjadi tumpuan penduduk kampung. Tambahan pula Pak Mat membenarkan pelanggannya mengambil barang dahulu dari kedainya dan membayar pada hujung bulan. Oleh itu, Pak Mat telah mendapat keuntungan yang lumayan pada awal operasi perniagaannya.

Sejak kebelakangan ini, perniagaannya telah merosot. Ramai pelanggannya telah beralih ke kedai runcit yang yang berdekatan. Hal ini telah disedari oleh Pak Mat dan beliau bercadang untuk memperbaiki kelemahan dalam perniagaannya.

Selain daripada itu, Pak Mat juga mengahadapi masalah kewangan kerana pada masa yang sama beliau terpaksa membiayai perbelanjaan pengajian dua orang anaknya di institusi pengajian tinggi.

 

6. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Terangkan kepentingan kedai Pak Mat dalam saluran agihan.  (5M)

(b) Nyatakan kaedah jualan yang digunakan oleh Pak Mat? Jelaskan.   (5M)

(c) Pada pendapat anda, apakah milikan perniagaan yang boleh ditubuhkan oleh Pak Mat

untuk membela kepentingannya dan nyatakan alasan.  (9M)

(d) Bagaimanakah perkhidmatan bank boleh membantu Pak Mat dalam menyelesaikan

masalahnya?   (6M)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: