Maksud
– pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip
Peranan Pengangkutan
– Bawa barang
dari tempat lebih ke tempat kurang
selaras permintaan dan penawaran
stabilkan harga
– Edar barang ke merata dunia
pasaran lebih luas
pilihan pengguna banyak
– Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
– Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
– Elakkan pembaziran
– Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
– Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
– Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
– Galakkan penyebaran sains dan teknologi
– Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan
JENIS PENGANGKUTAN
– terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
- Pengangkutan darat
- Pengangkutan laut
- Pengangkutan udara
- Saluran paip
PENGANGKUTAN DARAT
– terbahagi kepada dua iaitu;
- jalan raya
- rel
Pengangkutan Jalanraya
– terdiri daripada pengangkutan;
- haiwan – lembu, kuda
- kenderaan – lori, van
Kelebihan
– Boleh serah barang dari pintu ke pintu
– jimatkan masa
– Kerja pemunggahan kurang
– risiko barang rosak sedikit
– Murah dan cepat untuk jarak dekat
– sesuai bawa barang diperlukan segera
– Tiada jadual perjalanan
– Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
– Mudah hubungi kawasan pendalaman
Kekurangan
– Mahal dan lambat bagi jarak jauh
sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
– Ruang muatan terhad
– Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
– Kos penyelenggaraan tinggi
– Pembaziran tenaga buruh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
– Bidang tugasnya:
- Daftar kenderaan bermotor
- Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
- Uji dan keluarkan lesen memandu
- Keluarkan permit sekolah memandu
- Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
- Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
- Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
- Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
– Bidang tugasnya:
- Kawal kegunaan pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
- Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan iaitu;
Ø Lesen Pembawa A
– benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
Ø Lesen Pembawa C
– hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
– kenderaan tidak boleh disewa
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
– Bidang tugasnya:
- Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan
Pengangkutan Rel
– contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT
Kelebihan
– Murah dan cepat bagi jarak jauh
– Ruang muatan lebih luas
– Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
seperti kayu balak , simen, pasir
– Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
– Masa bertolak dan tiba diketahui
mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
– Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh: gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
– ada kemudahan kontenarisasi
Kekurangan
– Mahal dan lambat bagi jarak dekat
– Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
– Banyak kerja pemunggahan
risiko barang rosak / hilang tinggi
– Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
– Kos penyelenggaraan tinggi
– Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
– Bidang tugasnya meliputi:
- Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
- Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
+ keretapi penumpang à keretapi mel, ekspres, komuter
+ keretapi barang / kargo à gerabak bertangki
PENGANGKUTAN LAUT
– sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
– terdiri daripada:
- Perkapalan antarabangsa
– belayar merentasi lautan besar
– contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
- Perkapalan dalam negeri
– belayar sepanjang pantai
– contoh: feri, kapal pesisir pantai
Jenis kapal
- Kapal kargo
– kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang
– belayar ikut jalan dan jadual tetap
– hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
– tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
– tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
– terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
+ kapal kontena à khusus untuk membawa kontena
+ kapal tangki à khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
+ kapal penyetoran sejuk à ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur
- Kapal kerentan (kapal tramp)
– kapal khas bawa kargo pukal sahaja seperti kayu balak, bijih timah
– boleh ditempah / sewa atau dicarter
– tidak belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
– belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
– kapal boleh dicarter untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
– boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
– tambang boleh ditawar
- Kapal penumpang
– kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit kargo
– belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
– hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
– tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
- Kapal pesisir pantai
– digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
– tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
– contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang
Kelebihan Kapal Kerentan
– Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak
– Boleh dicarter seluruh kapal
– Bebas belayar bila-bila masa
sebab tiada jadual khas
– Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran
– Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa
– Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa
– Tambang kapal boleh dirunding
biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.
Kekurangan Kapal Kargo
– Tidak sesuai untuk bawa barang pukal
– Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
– Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
dan tidak boleh dirundingkan
biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan
Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan
KAPAL KARGO |
KAPAL KERENTAN |
1. Belayar mengikut jalan dan jadual yang tetap | 1. Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa |
2. Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti perabot, mesin | 2. Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak |
3. Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan | 3. Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter |
4. Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja | 4. Boleh sewa seluruh kapal |
5. Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan | 5. Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar |
6. Bil muatan sebagai bukti barang diangkut | 6. Selain bil muatan, janji carter diperlukan |
Kebaikan Pengangkutan Air
– Boleh bawa muatan banyak
– Tambang lebih murah
– Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
– Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
– Tiada kesesakan lalu lintas
– Kos penyelenggaraan sedikit
– Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
– Ada kemudahan kontenarisasi – cepatkan urusan kastam
Kekurangan Pengangkutan Air
– Tiada serah pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
– Kerja pemunggahan yang banyak
meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
– Perjalanan lambat sampai
– Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)
– peranannya;
- Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
- Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa bagi menghantar kargo
- Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
- Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa
Jabatan Laut
– peranannya:
- Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
- Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
- Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
- Selenggarakan pelabuhan
- Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran
Lembaga Pelabuhan
– contoh: Lembaga Pelabuhan Kelang
Lembaga Pelabuhan Kuantan
– peranannya;
- kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
- sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
- sediakan dermaga dan tongkang
- sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
- sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
- sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
- sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
- keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot kecil yang belayar di sekitar pelabuhan
PENGANGKUTAN UDARA
– terbahagi kepada dua iaitu;
- kapal terbang
- helikopter
Kekurangan
– Tambang mahal
– Saiz dan berat kargo dihadkan
– Tiada serahan pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
– Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
– Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
– Kos penyelenggaraan tinggi
Kebaikan
– Sesuai bawa barang mahal dan ringan
kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
contoh: ekspot berlian dan emas
– Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
– Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama
untuk menjamin agar barang segar dan baik
contoh: bunga dan buah-buahan
– Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
– Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
risiko kecurian kurang
oleh itu kos insurans lebih rendah
– Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
– Ada kemudahan kontenarisasi – mencepatkan urusan kastam
Penerbangan Malaysia (MAS)
– Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
– Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
– Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji
Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
– Peranannya;
- Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
- Sediakan perkhidmatan trafik udara
- Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
- Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
- Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
- Sediakan pembangunan lapangan erbang
- Sediakan khidmat kecemasan
Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain
– Boleh bawa barang lebih banyak
– Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
– Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
– Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
– Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
– Lambat sampai
SALURAN PAIP
– cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip
Kebaikan
– Barang selamat daripada risiko kecurian
– Barang segera sampai
– Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
– Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan
Kekurangan
– Kos pemasangan saluran paip tinggi
– Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
– Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki
Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
– Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
– Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan Singapura
– Peranan / objektif:
- cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
- pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
- galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
- menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia
Pengkontenaan
– sistem hantar barang guna kontena
kontena ialah peti logam
mempunyai ukuran piawai
– Kebaikan guna kontena:
- Jimatkan masa
kerja pemunggahan cepat
barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
- Jimatkan tenaga buruh
kurang kerja pemunggahan
barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
- Kurangkan barang rosak / selamat
terhindar daripada kesan cuaca
- Kurangkan kecurian sebab kontena dikunci
- Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
kerana pengangkutan sepadu
- Memudahkan hal dokumentasi
- Boleh guna sistem pengangkutan TIR
kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara
– Kekurangan guna kontena:
- Kos bina kontena tinggi
- Perlukan peralatan khas seperti kren
- Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
- Perlukan sistem pengangkutan bersepadu
Faktor-faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan
- Kos pengangkutan
– jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
– contoh: Dalam Negeri – gunakan lori, keretapi
Luar negeri – gunakan kapal
- Jenis barang yang dibawa
– jika cecair (petrolium, susu getah) – gunakan pengangkutan khas seperti lori tangki, kapal tangki
– jika mudah rosak (daging, sayur, bunga) – gunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan penyetoran sejuk
– jika dalam negeri – gunakan van, lori
– jika luar negeri – gunakan kapal terbang, kapal
- Jarak perjalanan
– jika dekat – dalam negeri – gunakan lori, van
– jika jauh – dalam negeri – gunakan keretapi
– luar negeri – gunakan kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)
- Kuantiti, berat dan saiz barang
– jika banyak dan pukal – dalam negeri – gunakan keretapi
– luar negeri – gunakan kapal kerentan
– jika sedikit – dalam negeri – gunakan lori
– luar negeri – gunakan kapal kargo
- Kesegeraan
– jika ingin cepat (ubat, alat ganti, surat khabar) – gunakan kapal terbang, helikopter
- Risiko kerosakan
– jika barang mudah pecah (kaca, tembikar) – perlu pembungkusan rapi dan gunakan van
– jika barang mudah rosak (daging, ais krim) – gunakan van ada awet dingin / setor sejuk
- Nilai barang yang dibawa
– jika barang mahal (emas, wang) – dalam negeri, gunakan van dengan ciri keselamatan
– luar negeri, gunakan kapal terbang
– jika barang murah (pasir, batu) – dalam negeri, gunakan lori, keretapi
– luar negeri, gunakan kapal kerentan