BAB 7 PERANAN KERAJAAN DALAM NEGERI

Published Mei 13, 2012 by bunga2kuntum

PERANAN KERAJAAN BAGI MEMBANTU PENIAGA

  1. Menyediakan penyelidikan dan pembangunan
  • MARDI                                                                              –  dibidang pertanian
  • LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB)                     –  untuk getah
  • LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)  – industri sawit
  • SIRIM           –    untuk industri teknologi tinggi
  • FRIM            –    untuk perhutanan
  • LKIM            –    untuk ikan
  1. Menyediakan perundangan perniagaan

Contoh akta:

  • Akta Jualan Barangan
  • Akta Sewa Beli
  • Akta Perihal Dagangan
  • Akta Kawalan Harga
  • Akta Timbang dan Sukat
  1. Menyediakan Latihan dan Pengurusan
  • Supaya peniaga berkemahiran dan cekap

Contoh Agensi:

  • MARA
  • NPC – Perbadanan produktiviti
  1. Menyediakan kemudahan  infrastruktur  dan ruang niaga

Contoh :

  • Menyediakan bekalan elektrik/air/telefon
  • Bazar/ruang niaga/kilang untuk disewa

Contoh Agensi:

  • MARA
  • UDA HOLDING
  • PKEN
  1. Memberi Insentif Pelepasan Cukai
  • Taraf perintis –pengecualian cukai untuk tempoh tertentu
  • Pengecualian cukai –tak perlu bayar cukai
  • Elaun cukai pelaburan
  1. Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
  • Memberi bantuan modal /pinjaman

Contoh Agensi : MARA

  • Bank Pertanian / Bank Pembangunan dan Infrastruktur
  1. Lawatan Dagangan Keluar Negara
  • Untuk megadakan hubungan 2 hala
  • Buat perjanjian dagangan

Contoh Agensi: MATRADE / MITI

BAB 8 KONSUMERISME

Published Mei 13, 2012 by bunga2kuntum
1.
Maksud Konsumerisme
–          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
–          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka    supaya taraf hidup  meningkat
2.
Matlamat Konsumerisme
–          melindungi hak pengguna
–          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
–          membina kualiti kehidupan yang lebih baik
3.
Maksud pengguna
–          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak
4.
Amalan perniagaan yang tidak sihat
–          letak harga  tidak berpatutan
–          buat iklan  mengelirukan
–          tawar barang  berkualiti rendah
–          jual barang yang tidak selamat
5.
Hak pengguna
  1. Hak mendapat keperluan asas
–                     makanan/pakaian
  1. Hak mendapat keselamatan
–                      dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan
–                      contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan
  1. Hak mendapat maklumat
–                      fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu
  1. Hak membuat pilihan
–                      Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa
  1. Hak mendapat ganti rugi
–                      berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna
  1. Hak bersuara
–                     secara peribadi /  perwakilan
  1. Hak mendapat pendidikan pengguna
–                     melalui ceramah / forum
  1. Hak mendapat alam sekitar yang sihat
–                      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974
6.
Lima Tanggungjawab pengguna
  1. Kesedaran mengkritik
–    boleh membuat aduan
  1. Penglibatan dan tindakan
–    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
  1. Tanggungjawab sosial
–    Memberi derma kepada orang miskin/tua
  1. Tanggungjawab alam semulajadi
–    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
  1. Bersatu padu
–    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan
7.
Enam Tanggungjawab pengeluar
a.    Praktikkan amalan perniagaan yang baik
–    tidak menipu/ jual barang berkualiti
b. Amal pengiklanan yang beretika
–    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
  1. Sedia terima rungutan
–    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
  1. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
–    melalui seminar/forum
  1. Memelihara alam sekitar
–    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan
  1. Menjalankan tanggungjawab sosial
–    memberi derma/ biasiswa
8.
Lima prinsip asas  membeli dengan bijak
  1. Menentukan jenis barang
–    barang keperluan atau kehendak
  1. Menentukan sebab membeli
–    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
c.  Menentukan masa membeli
–    masa tawaran istimewa/ musim perayaan
  1. Memilih tempat membeli
–    lokasi berhampiran
–    menawarkan pelbagai barang
–    harga berpatutan dan barang berkualiti
–    sikap  jujur dan layanan mesra
–    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
  1. Mengetahui teknik membeli
–    buat perbandingan harga
–    tengok kualiti barang
–    periksa kuantiti barang
–    tahu tarikh luput
–    ada jaminan jualan
9.
Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
  1. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
–          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
  1. Beri kesedaran tentang konsumerisme
–    melalui ceramah /kempen
  1. Wujudkan akta/peraturan
–    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
  1. Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
–    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar
10.
Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna
  1. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
–   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
–    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
–    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
–    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
–    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan
  1. Tribunal Tuntutan Pengguna
–    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
–    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
–    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000
  1. Persatuan Pengguna
–    Terima dan siasat aduan  pengguna
–    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
–    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
–    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum
  1. Persatuan Pengeluar
–    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
–    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan
  1. Persatuan Profesional
–    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing
  1. Persatuan Peniaga
–    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
–    Sediakan kod etika mengenai jualan
11.
Etika Amalan Perniagaan
–          diperkenalkan tahun 1982
–          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
–          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
–          mempunyai 5 prinsip:
    • Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
    • Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
    • Patuhi prinsip perniagaan secara adil
    • Tidak burukkan pesaing
    • Amal perniagaan yang jujur
–          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli
12.
Etika Pembeli
(mengandungi dua tanggungjawab pembeli)
  1. Tanggungjawab terhadap penjual
–    patuhi syarat kontrak
–    jelaskan hutang mengikut tempoh
–    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
–    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
–    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
–    amalkan sifat sopan santun
–    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang
  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
–    libatkan diri dalam persatuan pengguna
–    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
–    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
–    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan
13.
Etika Penjual
(Mengandungi enam tanggungjawab penjual)
  1. Tanggungjawab terhadap pekerja
–    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
–    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
–    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus
  1. Tanggungjawab terhadap pelanggan
–    sediakan barang berkualiti
–    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
–    tepati keperluan dan kehendak pengguna
–    jual barang pada harga berpatutan
–    bermaklumat  yang lengkap
–    adakan kempen promosi yang jujur
–    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
–    beri layanan sama rata
  1. Tanggungjawab terhadap pemodal
–    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
–    beri kadar pulangan yang memuaskan
–    jalankan pengurusan yang cekap
  1. Tanggungjawab terhadap pembekal
–    layanan adil kepada semua pembekal
–    patuhi segala  syarat kontrak
–    berusaha jual barang  dengan segera
–    amalkan ‘sistem payung’
–    pastikan syarat kontrak  jelas
  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
–    pelihara alam sekitar
–    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
–    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi
  1. Tanggungjawab terhadap kerajaan
–    bayar cukai
–    sedia peluang pekerjaan
–    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
–    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar

BAB 6 PROMOSI

Published Mei 13, 2012 by bunga2kuntum

1.  Maksud Promosi

–          satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan

–          menyedarkan pengguna tentang barangan

–          menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan

2.  Peranan Promosi

–          Menyampaikan maklumat

memberitahu kewujudan barang dipasaran

maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar

–          Mewujudkan pasaran baru

menyedarkan pengguna tentang barang baru

menarik minat membeli dan mengguna

–          Mengekalkan pasaran sedia ada

mengingatkan pengguna kepada jenama

mewujudkan pengguna setia

–          Meningkatkan dan meluaskan pasaran

membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna

menggunakan media yang liputan siarannya luas

–          Memujuk dan mempengaruhi pembeli

menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik

–          Memantapkan imej barang dan syarikat

barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna

–          Mengatasi pesaing

mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing

3.  Promosi dalam Pemasaran.

–          Strategi Pemasaran

·         Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi

·         Campuran pemasaran   – gabungan unsur penting pemasaran

Ø  Produk   – menghasilkan barang berorientasi pengguna menepati cita rasa, keperluan dan kehendak pengguna

Ø  Harga    –  disesuaikan mengikut keadaan pelanggan, persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan yang ingin diperolehi

Ø  Promosi  – ditumpukan kepada kumpulan sasaran menyedarkan pengguna tentang kewujudan barang menyampaikan maklumat, menarik

perhatian, meyakinkan dan mempengaruh pengguna

Ø  Agihan    – dihantar tepat pada masa ke tempat barang diperlukan.

4.  Jenis Promosi.

–          Pengiklanan

·         Memperkenalkan barangan baru

·         Mengingati sesuatu barangan

·         Mengekalkan pasaran barangan

·         Barangan lebih popular

·         Imej yang lebih baik

·         Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna

·         Mendapatkan maklumat sesuatu barangan

Ø  Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.

Ø  3 jenis gaya tarikan iklan

1)Pujukan Rasioal

– Mengaitkan sesuatu pembelian dengan

kepentingan peribadi pembeli.

– Pembelian barang dikatakan lebih

berfaedah, berkualiti, bernilai,

kesihatan, penjimatan

2) Pujukan emosi

– Menimbulkan perasaan positif supaya

orang ramai terdorong membeli.

– Mesej iklan ada unsur rasa kasih

sayang, takut, malu, bangga, gembira,

mengikis perasaan bimbang

3)Pujukan moral

– Sikap orang ramai tentang perkara

yang benar dan lebih wajar dilakukan.

– Mesej iklan

tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan,

persamaan hak, amalan tolong-menolong

Ø  Jenis Iklan

a) Iklan penerangan

–   memperkenal jenama baru dipasaran

–   ada maklumat harga, kegunaan, cara guna,

keistimewaan barangan

–   elak keraguan pengguna

b) Iklan memujuk

–   persaingan sesuatu barangan semakin

hebat di pasaran

–   bentuk keyakinan pengguna

–   terang kelebihan jenama, bandingkan

dengan jenama lain

–   menjadi iklan bertanding

c) Iklan mengingat

–   pengguna sentiasa mengingat sesuatu

jenama

–   disiarkan berulang-ulang

–   barangan telah lama di pasaran

Promosi Jualan

·         cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat

·         bantu tarik pelanggan baru

·         galakkan pengguna membeli

·         barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing

Ø  Promosi Pengguna

  mendorong pengguna membeli

–   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon

hadiah, potongan harga, pertandingan

Ø  Promosi pengedar

–   pemberian insentif kepada pemborong dan

peruncit supaya menambah pengedaran dan

jualan

–   pengedar ditawarkan diskaun, barang

percuma, hadiah wang, pertandingan jualan

Ø  Promosi jualan

–   galakkan jurujual menjual secara lebih

berkesan

–   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan

–   tempoh promosi jangka masa pendek

–          Jualan Terus

·         kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi

·         melalui jurujual

·         caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah

·         wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna

·         jurujual diberi komisen, diakaun

·         jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala

·         pengguna Dapat layanan peribadi

·         jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk

·         jurujual tahu reaksi pengguna

–          Publisiti

·         Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma

·         Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media

·         Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran

·         Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan

·         Maklumat dikawal syarikat media

·         Kelebihan – Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan

baik dengan orang ramai

·         Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak

sesuai, sukar dirancang

5. MEDIA PENGIKLANAN

JENIS MEDIA PENGIKLANAN

AKHBAR/MAJALAH

·         Liputan lebih luas

·         Kos murah berbanding yang lain

·         Boleh sertakan gambar/peneranan

·         Boleh dibuat secara warna warni

·         Boleh dibaca berulang kali

·         Boleh pilih ruang/mukasurat

HALAMAN KUNING

·        Ruang iklan di buku panduan telefon

·        Mudah untuk pelanggan

·        Disusun ikut abjad

TELEVISYEN

  • Liputan luas
  • Ada gambar dan penerangan lengkap
  • Boleh diselitkan muzik
  • Lebih berkesan sebab audio visual
  • Boleh pilih masa siaran
  • Boleh menaja rancangan

POSTER/PAPAN TANDA/ SEPANDUK

·        Kos murah

·        Menarik perhatian pengguna

·        Boleh pilih sasaran pasaran

RADIO

·         Liputan luas

·         Penerangan lengkap

·         Boleh diselitkan muzik

·         Boleh disiarkan bila-bila masa

·         Boleh taja rancangan

INTERNET

·         Liputan luas ke selruruh dunia

·         Boleh masukkan kesan animasi/audio visual

·         Boleh terus pesan barang on line

·         Kos murah jika pandai bina laman web sendiri

LAMPU NEON

·         Cantik dan menarik

·         Jelas pada waktu malam

·         Boleh jadi pandu arah kepada pengguna

·         Boleh guna untuk tempoh lama

PAMERAN/EKSPO

·         Sampai ke sasaran pengguna

·         Pengguna boleh cuba barang dan Tanya

·         Boleh kesan masalah pengguna

·         Hubungan 2 hala dengan pelanggan

6.           PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN

Faktor Pemilihan Media Pengiklanan

·         Jenis dan sifat barangan

*        barangan teknikal          – televisyen, pameran, internet

– perlu penerangan dan tunjuk ajar

*        barangan baru                – sampel percuma

*        barang perhiasan                       – majalah wanita

*        perkakas dapur               – pameran, ekspo

– perlu tunjuk ajar jurujual

*        perkhidmatan pelancongan – iklan akhbar/risalah

·         Kos Pengiklanan

*        ikut kemampuan peniaga

*        peniaga kecil-kecilan         – media murah

– papan tanda/risalah

*        syarikat besar                   – media mahal

– televisyen/ akhbar/ majalah

·         Tujuan Pengiklanan

*        akhbar                           – matlamat sampaikan maklumat ke seluruh                                                     negara

– barangan baru

*        sampel percuma dan borang maklum balas

– ingin tahu sambutan orang ramai

*        televisyen/radio/internet

– untuk atasi pesaing

– menarik dan liputan luas

·         Saiz Perniagaan

*        syarikat besar                          – media mahal

– televisyen/akhbar

*        perniagaan kecil-kecilan     – media murah

– risalah/poster/sepanduk

·         Sasaran Pengguna

*        golongan pengguna yang diharapkan membeli

*        sampai mesej kepada golongan yang betul

*        peralatan sukan             – majalah sukan

*        barang kemas                            – majalah wanita

·         Luas Pasaran

*        barangan pasaran           – risalah/papan

*        setempat tanda/poster/sepanduk

*        pasaran seluruh negara     – televisyen/akhbar negara

*        pasaran antarabangsa       – televisyen setelit/internet

– majalah antarabangsa

·         Dasar Kerajaan

*        peraturan mesti dipatuhi

*        penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,

*        arak dan rokok dilarang dalam iklan tv

*        dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan

BAB 4 KOMUNIKASI

Published Mei 10, 2012 by bunga2kuntum

PERANAN KOMUNIKASI

  1. Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.

–          Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer, telefon dan internet.

  1. Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.

–          Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau internet.

  1. Memudahkan kegiatan promosi.

–          Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai penonton.

  1. Meluaskan pasaran barangan.

–          Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak jauh.

  1. Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.

–          Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan mesyuarat secara langsung antara      pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan sidang video.

  1. Mengelakkan kerugian dan kerosakan.

–          Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.

(ii)  Perkhidmatan Pos.

(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.

(iv) Perkhidmatan Kurier.

PERKHIDMATAN POS.

Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i).  Perkhidmatan Mel.

(ii).  Perkhidmatan kaunter.

(iii). Perkhidmatan Lain.

Perkhidmatan Mel.

·               Surat.

·               Poskad.

·               Aerogram.

·               Bahan bercetak.

·                Peket kecil.

·               Khidmat jawapan perniagaan.

o   digunakan oleh peniaga pesanan mel.

o   setem dilekatkan

·               Persuratan untuk orang buta.

o   majalah dan buku dalam bentuk Braille

·               Pos Ekspres.

o   menghantar dokumen dengan cepat.

o   tidak dilindungi oleh insurans

·               Pos Daftar.

o   hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar negara.                                 – dilindungi oleh insurans.

·               Bungkusan.

·               Mel Berinsurans.

o   memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang diposkan di dalam dan di luar negara.

o   pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang

·    Perkhidmatan Pos Laju.

o   menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.

o   serahan dari pintu ke pintu.

·  Data Pos.

o   membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil,  sijil invois dan penyata akaun.

· Mel Terus.

o   digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya.

Perkhidmatan Kaunter.

Terdiri daripada 3 jenis :

a)        Perkhidmatan jualan – jual setem, sampul surat berdaftar, poskad.

b)       Perkhidmatan bayaran – bayaran kiriman wang dan wang pos.

c)        Perkhidmatan agensi  – TNB, ASN, BSN, LUTH.

 Perkhidmatan Lain.

i.        Pos Restante           –        Pengembara menggunakan alamat pejabat pos                                                 untuk menerima surat.

ii.       Peti surat, tiket serahan tingkap dan khidmat beg berkunci.

iii.      Frangki                  –       mesin mencetak setem dan tarikh pembayaran                                        pada sampul surat/mel.

iv.      Pusat khidmat pelanggan – melayani aduan pelanggan.

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Terbahagi kepada :-

· Perkhidmatan lisan

· Perkhidmatan bercetak

· Perkhidmatan Audiovisual.

a)    Perkhidmatan Lisan.

i. Perkhidmatan Telefon.- untuk individu.

–  Panggilan tempatan.

–  Panggilan sambung jauh terus dail.

–  Panggilan antarabangsa terus dail.

ii. Panggilan tanpa tol.- untuk peniaga.

iii.        Sidang Audio.

– mesyuarat antara 2 pihak yang berada di lokasi berbeza.

– setiap ahli perlu bercakap secara bergilir.

iv.        Telefon bimbit.

v. Videofon.

– Telefon dilengkapi dengan gambar video.

– membolehkan pemanggil dan penerima panggilan berbual

Serta melihat wajah pihak yang dihubungi.

vi.Radio Maritim.

– membolehkan panggilan telefon dibuat dari darat ke kapal-

kapal di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik.

– menggunakan satelit marin (MARISAT)untuk

menyampaikan berita serta mesej penting.

vii.Telestok.

– untuk pelabur yang ingin mengetahui harga saham yang di

urusniagakan di BSKL.

b)    Perkhidmatan Bercetak

i.              Telefeks – menghantar maklumat berbentukcarta,

gambar, laporan melalui mesin faksimili.

ii.           Teleks   – menghantar maklumat menggunakan

mesin teleprinter.

ii.            Telegram – menghantar maklumat bertulis

melalui rangkaian telegraf.

c)      Perkhidmatan Audiovisual.

i.            Sidang Video(Video Conferencing).

– menghubungi 2 atau lebih pihak di lokasi

yang berbeza.

–  mesyuarat jarak jauh melalui skrin pemancar.

ii.            Internet.

– rangkaian komputer yang menghubungkan

pelbagai maklumat dengan pantas di

seluruh dunia.

iii.           E-mel (Mel Elektronik)

– menghantar maklumat dengan cepat menerusi

rangkaian komputer.

iv.           MAYPAC.

– Rangkaian Data Awam Suis Peket Malaysia.

– menghantar dan menerima data melalui komputer.

PERKHIDMATAN KURIER.

Menghantar mel, dokumen dan bungkusan dengan segera seperti

invois, dokumen perjanjian dan laporan di dalam dan di luar

negara. Contoh : EMS, Pos laju Malaysia.

                        Kelebihan

  • penghantaran cepat dan selamat.
    • serahan pintu ke pintu.
    •  dapat perlindungan insurans.
    • menyediakan perkidmatan menghantar Kargo.’
    • Bagi bungkusan bercukai, syarikat Kurier akan menguruskan segala dokumentasi kastam bagi pihak pengirim.

Kekurangan

  • kos tinggi.
  • terhad kepada kiriman yang penting dan diperlukan sahaja.

Faktor Pemilihan Jenis Perkhidmatan Komunikasi

1.    Kesegaran.

– jika maklumat diperlukan segera – Teleks,

– telefaks

– internet.

– tidak diperlukan dengan segera  – melalui pos.

2.    Jenis maklumat.

berbentuk lisan – telefon.

– Grafik dan carta – mesin faksimile.

– Bahan bercetak  –  pos.

– Polisi insurans – kurier dan mel berinsurans.

3.    Kos.

– mengikut kemampuan syarikat.

– Perkhidmatan kurier lebih mahal daripada Perkhidmatan pos

biasa.

4.    Mudah didapati dan berhampiran.

– contoh: telefon dan pos mudah didapati.

5.    Jarak.

– jarak dekat – gunakan pos.

– jarak jauh  – mel udara, faksimile,internet, teleks

BAB 3: PENGANGKUTAN

Published Mei 10, 2012 by bunga2kuntum

 

Maksud

–       pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip

  

Peranan Pengangkutan  

–         Bawa barang

dari tempat lebih ke tempat kurang

selaras permintaan dan penawaran

stabilkan harga

–    Edar barang ke merata dunia

pasaran lebih luas

pilihan pengguna banyak

–          Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah

–          Galakkan pengeluaran secara besar-besaran

–          Elakkan pembaziran

–         Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh

–         Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang

–         Galakkan pertumbuhan ekonomi

mewujudkan peluang pekerjaan

mengurangkan kadar pengganguran

meningkatkan taraf hidup masyarakat

meningkatkan pendapatan negara

–         Galakkan penyebaran sains dan teknologi

–         Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

JENIS PENGANGKUTAN

–          terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;

  • Pengangkutan darat
  • Pengangkutan laut
  • Pengangkutan udara
  • Saluran paip

PENGANGKUTAN DARAT

–          terbahagi kepada dua iaitu;

  • jalan raya
  • rel

Pengangkutan Jalanraya

–          terdiri daripada pengangkutan;

  • haiwan         –   lembu, kuda
  • kenderaan     –   lori, van

Kelebihan

–         Boleh serah barang dari pintu ke pintu

–         jimatkan masa

–         Kerja pemunggahan kurang

–         risiko barang rosak sedikit

–         Murah dan cepat  untuk jarak dekat

–         sesuai bawa barang diperlukan segera

–         Tiada jadual perjalanan

–         Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak

–         Mudah hubungi kawasan pendalaman

Kekurangan

–       Mahal dan lambat bagi jarak jauh

sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak

–       Ruang muatan terhad

–       Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)

–       Kos penyelenggaraan tinggi

–    Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  

–       Bidang tugasnya:

  • Daftar  kenderaan bermotor
  • Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
  • Uji dan keluarkan lesen memandu
  • Keluarkan permit sekolah memandu
  • Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
  • Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
  • Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
  • Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP)

–       Bidang tugasnya:

  • Kawal kegunaan  pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
  • Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan  iaitu;

Ø  Lesen Pembawa A

–          benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa

Ø  Lesen Pembawa C

–          hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri

–          kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

–       Bidang tugasnya:

  • Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan

Pengangkutan Rel

–          contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan

–       Murah dan cepat bagi jarak jauh

–       Ruang muatan lebih luas

–       Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah

seperti  kayu balak , simen, pasir

–       Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa

–       Masa bertolak dan tiba diketahui

mudahkan peniaga hantar / tunggu barang

–       Ada gerabak khas untuk bawa barang

Contoh:   gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah

gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena

–       ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan

–       Mahal dan lambat bagi jarak dekat

–       Tiada perkhidmatan pintu ke pintu

–       Banyak kerja pemunggahan

risiko barang rosak / hilang tinggi

–       Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan

–       Kos penyelenggaraan tinggi

–       Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 

–       Bidang tugasnya meliputi:

  • Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
  • Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:

+  keretapi penumpang  à  keretapi mel, ekspres, komuter

+  keretapi barang / kargo  à  gerabak bertangki

PENGANGKUTAN  LAUT

–          sangat penting dalam perdagangan antarabangsa

–          terdiri daripada:

  • Perkapalan antarabangsa

–  belayar merentasi lautan besar

–  contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang

  • Perkapalan dalam negeri

–  belayar sepanjang pantai

–  contoh: feri, kapal pesisir pantai

Jenis kapal

  • Kapal kargo

–          kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang

–          belayar ikut  jalan dan jadual tetap

–          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

–          tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa

–          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

–          terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:

+   kapal kontena  à  khusus untuk membawa kontena

+   kapal tangki     à  khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia,                                       gas asli cecair

+   kapal penyetoran sejuk  à  ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur

  • Kapal kerentan (kapal tramp)

–          kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah

–          boleh ditempah / sewa atau dicarter

–          tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap

–          belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa

–          kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk        satu tempoh (carter masa)

–          boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik

–          tambang boleh ditawar

  • Kapal penumpang

–          kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo

–          belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap

–          hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

–          tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

  • Kapal pesisir pantai

–          digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan       pelabuhan

–          tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang          dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport

–          contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang

Kelebihan Kapal Kerentan

–          Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak

–          Boleh dicarter seluruh kapal

–          Bebas belayar bila-bila masa

sebab tiada jadual khas

–    Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran

–    Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa

–    Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa

–          Tambang kapal boleh dirunding

biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.

Kekurangan Kapal Kargo

–          Tidak sesuai untuk bawa barang pukal

–          Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan

–          Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

dan tidak boleh dirundingkan

biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan

Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan

KAPAL KARGO

KAPAL KERENTAN

1.  Belayar mengikut  jalan dan jadual yang tetap 1.  Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa
2.  Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti  perabot, mesin 2.  Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak
3.  Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan 3.  Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter
4.  Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja 4.  Boleh sewa seluruh kapal
5.  Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan 5.  Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar
6.  Bil muatan sebagai bukti barang diangkut 6.  Selain bil muatan, janji carter diperlukan

Kebaikan Pengangkutan Air

–       Boleh bawa muatan banyak

–       Tambang lebih murah

–       Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah

–       Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah

–       Tiada kesesakan lalu lintas

–       Kos penyelenggaraan sedikit

–       Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo

–       Ada kemudahan kontenarisasi  –  cepatkan urusan kastam

Kekurangan Pengangkutan Air

–       Tiada serah pintu ke pintu

perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan

–       Kerja pemunggahan yang banyak

meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan

–       Perjalanan lambat  sampai

–       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)

–       peranannya;

  • Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
  • Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa  bagi menghantar kargo
  • Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
  • Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa

Jabatan Laut

–       peranannya:

  • Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
  • Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
  • Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
  • Selenggarakan pelabuhan
  • Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan

–       contoh:   Lembaga Pelabuhan Kelang

Lembaga Pelabuhan Kuantan

–       peranannya;

  • kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
  • sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
  • sediakan  dermaga dan tongkang
  • sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
  • sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
  • sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
  • sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
  • keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot  kecil yang belayar di sekitar pelabuhan

PENGANGKUTAN  UDARA

–          terbahagi kepada dua iaitu;

  • kapal terbang
  • helikopter

Kekurangan

–          Tambang mahal

–          Saiz dan berat kargo dihadkan

–       Tiada serahan pintu ke pintu

perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak

tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan

–       Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja

–       Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk

–       Kos penyelenggaraan tinggi

Kebaikan   

–          Sesuai bawa barang mahal dan ringan

kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang

contoh:  ekspot berlian dan emas

–          Sesuai bawa barang yang diperlukan segera

yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas

contoh:  bekalan perubatan dan alat ganti jentera

–          Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama

untuk menjamin agar barang segar dan baik

contoh:  bunga dan buah-buahan

–          Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter

–          Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat

risiko kecurian kurang

oleh itu kos insurans lebih rendah

–          Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar

–          Ada kemudahan kontenarisasi  –  mencepatkan urusan kastam

Penerbangan Malaysia (MAS)

–       Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan

–       Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri

–       Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

–       Peranannya;

  • Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
  • Sediakan perkhidmatan trafik udara
  • Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
  • Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
  • Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
  • Sediakan pembangunan lapangan erbang
  • Sediakan khidmat kecemasan

Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain

–       Boleh bawa barang lebih banyak

–       Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang

–       Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki

–       Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang

–       Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang

–       Lambat sampai

SALURAN PAIP

–          cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti  air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip

Kebaikan   

–          Barang selamat daripada risiko kecurian

–          Barang segera sampai

–          Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api

–          Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan

Kekurangan

–          Kos pemasangan saluran paip tinggi

–          Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air

–          Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki

Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)

–          Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia

–          Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan  Singapura

–          Peranan / objektif:

  • cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
  • pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
  • galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
  • menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia

Pengkontenaan

–          sistem hantar barang guna kontena

kontena ialah peti logam

mempunyai ukuran piawai

–          Kebaikan guna kontena:

  • Jimatkan masa

kerja pemunggahan cepat

barang diangkut sekali gus sebagai satu unit

  • Jimatkan tenaga buruh

kurang kerja pemunggahan

barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif

  • Kurangkan barang rosak / selamat

terhindar daripada kesan cuaca

  • Kurangkan  kecurian sebab kontena dikunci
  • Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang

kerana pengangkutan sepadu

  • Memudahkan hal dokumentasi
  • Boleh guna sistem pengangkutan TIR

kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara

–          Kekurangan  guna kontena:

  • Kos bina kontena tinggi
  • Perlukan peralatan khas seperti kren
  • Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
  • Perlukan sistem pengangkutan bersepadu

Faktor-faktor Pemilihan  Jenis Pengangkutan

  • Kos pengangkutan   

–          jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah

–          contoh:   Dalam Negeri          –  gunakan  lori, keretapi

Luar negeri   –  gunakan  kapal

  • Jenis  barang yang dibawa

–    jika cecair (petrolium, susu getah) –   gunakan pengangkutan khas  seperti lori tangki, kapal tangki

–    jika mudah rosak (daging, sayur, bunga)     –   gunakan pengangkutan                     yang dilengkapi dengan                    penyetoran sejuk

–   jika dalam negeri –  gunakan  van, lori

–   jika luar negeri  – gunakan kapal terbang, kapal

  • Jarak perjalanan

–    jika dekat –   dalam negeri  –  gunakan lori, van

–    jika jauh  –   dalam negeri  –  gunakan keretapi

–   luar negeri     – gunakan  kapal (jimat kos berbanding kapal                                                                                terbang)

  • Kuantiti, berat dan saiz barang

–    jika banyak dan pukal   –        dalam negeri –  gunakan keretapi

–    luar negeri    –  gunakan kapal kerentan

–    jika sedikit         –        dalam negeri –  gunakan lori

–        luar negeri    –  gunakan kapal kargo

  • Kesegeraan

–    jika ingin cepat  (ubat, alat ganti, surat khabar)     –  gunakan kapal                                                                                  terbang, helikopter

  • Risiko kerosakan

–    jika barang mudah pecah (kaca, tembikar)   –  perlu pembungkusan rapi                                                                             dan gunakan van

–    jika barang mudah rosak (daging, ais krim)  – gunakan van ada awet                                                                                      dingin / setor sejuk

  • Nilai barang yang dibawa

–    jika barang mahal (emas, wang)       –  dalam negeri, gunakan van dengan                                                                        ciri keselamatan

–  luar negeri, gunakan kapal terbang

–    jika barang murah (pasir, batu)         –  dalam negeri, gunakan lori,                                                                                   keretapi
–  luar negeri, gunakan kapal kerentan

BAB 2 INSURANS

Published Mei 10, 2012 by bunga2kuntum

ISTILAH DALAM INSURANS
• Insurer – Syarikat insurans yang memberi perlindungan
• Insured – Orang yang membili polisi insurans
• Premium – Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk

Dapatkan perlindungan
• Polisi – Perjanjian antara insurer dan insured
• Pampasan – gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko

PERANAN INSURANS
Kepada Peniaga
• Melindungi dari risiko
• Dapat pampas an jika risiko berlaku
• Lebih yakin untuk majukan perniagaan
Kepada Individu
• Melindungi individu dan keluarga dari risiko
• Jaminan masa depan
• Dapat pampasan jika berlaku risiko
• Satu cara menabung
• Jika mati – waris dapat pampasan
Kepada negara
• Membangunkan ekonimi negara
• Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonimi
• Atau untuk beli bon
• Memberi peluang pekerjaan
• Taraf hidup rakyat meningkat

SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:

• Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul
• Untuk menabung dalam satu dana
• Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana
• Dikeluarkan untuk bayar pampasan
• Lebihan wang dana dilabur
• Bukan semua individu akan kena risiko
• Yang ramai membantu yang sedikit

BEZA RISIKO BOLEH INSURANS DAN RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS

RISIKO BOLEH INSURANS RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS
• Risiko boleh dikira secara statistik. Ada rekod kejadian lalu • Tidak doleh dikira. Tiada rekod kejadian
• Kadar premium boleh ditetapkan • Kadar premium sukar ditetapkan
• Cth: Kebakaran,kecurian • Cth: Perubahan fesyen, hutang lapuk

PRINSIP-PRINSIP INSURANS
1. Kepentingan boleh diinsurans
• Hanya boleh insuranskan nyawa/harta yang akan sebabkan kerugian jika berlaku risiko
• Tidak boleh insuranskan hak orang lain
• Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain
2. Penuh Percaya Mutlak
• Insured mesti memberi maklumat benar
• Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
• Jika ada penipuan
• Polisi terbatal
3. Indemniti
• Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
• Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
• Bukan untuk dapat untung

3 perkara yang diambilkira dalam indemniti:

a. Sumbangan
• Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
• Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans

b.Subrogasi
• Selepas terima gantirugi
• Aset adalah milik insurer
• Insured tidak boleh tuntut lagi

c. Doktrin punca hampiran
• Gantirugi hanya dibayar
• Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
• Risiko yang diinsuranskan

JENIS INSURANS
INSURANS AM
• Insurans Kemalangan
• Insurans kebakaran
• Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
• Insurans lain

INSURANS HAYAT
• Insurans hayat seumur Hidup
• Insurans hayat sementara
• Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN
1. Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:

i) Insurans motor pihak ketiga
• Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
• Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
• Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
• Premium murah
• Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

ii) Insurans Motor Komprehensif
• Melindungi insured dan pihak ketiga
• Premium lebih mahal
• Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

2. Insurans Kemalangan Peribadi
• Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

3. Insurans Liabiliti Am
• Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
• Jika risiko berlaku dipremis
• Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
• Insurans Liabiliti Profesional- melindungi dari tuntutan orang awam

4. Insurans Liabiliti Majikan
• Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
• Premium dibayar oleh majikan
• Majikan mencarum dalam Perkeso
– Skim Pencen Ilat – perlindungan pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
– Skim bencana pekerjaan- kemalangan tempat kerja

5. Insurans Kebakaran
• Melindungi peniaga dari risiko kebakaran
• Premium bergantung kepada:
– Jenis bangunan
– Kedudukan bangunan
– Kegunaan bangunan
– Kemudahan keselamatan disediakan
– Tempoh lindungan

Insurans Hayat

Tujuan:
• Menyediakan pendapatan kepada waris
• Cara menabung untuk masa depan
• Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
• Dapat pampasan jika risiko berlaku
• Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun

JENIS POLISI INSURANS HAYAT

1. Insurans Hayat Seumur Hidup
• Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
• Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
• Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
• Beri perlindungan kepada waris

2. Insurans Endowmen
• Bayar premium untuk tempoh tertentu
• Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
• Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
• Satu cara menabung

3. Insurans hayat Sementara
• Beri perlindungan mengikut tempoh
• Jika mati waris dapat pampasan
• Jika masih hidup premium hilang
• Bukan satu cara menabung
• Premium murah

Insurans Penerbangan
• Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
• Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
• Untuk penumpang ada insurans berkelompok

Insurans Marin
• Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
• Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu

Jenis Insurans Lain:
• Insurans Kecurian – melindungi dari kecurian wang/harta
• Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja tidak amanah
• Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
• Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
• Insurans Gadaian – untuk orang yang buat pinjaman

INSURANS SECARA ISLAM
KONSEP TAKAFUL:
– Diuruskan berdasarkan hokum syariah
– Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a. Mudharabah – Perkongsian untung
b. Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama

Dijalankan dengan asas:
• Tiada Gharar – ketidakpastian
• Tiada Maisir – perjudian
• Tiada Riba – faedah

PRODUK SKIM TAKAFUL:
Takaful keluarga – seperti insurans hayat
Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:
1. Hubungi ejen
2. Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
3. Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
4. Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
5. Bayar premium
6. Dapatkan nota lindungan
7. dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:

1. Bila risiko berlaku:
– buat laporan polis, bomba/hospital
– dapatkan dokumentasi sebagai bukti

2. Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
– Bila / Bagaimana berlaku
– Jumlah kerugian

3. Hantar borang kepada insurer berserta:
– Polisi / dokumen hak milik/geran
– dokumen bukti / gambar –jika ada

4. Insurer buat siasatan samada:
– Jumlah tuntutan benar
– Syarat dalam polisi dipatuhi
– Wujud unsure pengkhinatan

5. Jika semua OK , pampasan dibayar.

BAB 5 PERGUDANGAN

Published Mei 10, 2012 by bunga2kuntum

Pergudangan

a)      Peranan pergudangan :

  • Menjamin keselamatan

–          Barang-barang disimpan dengan selamat

–          Barang-barang bebas daripada cuaca buruk , kecurian dan kehilangan

  • Menstabilkan harga

–          Gudang berfungsi sebagai sebuah ’kolam air’

–          Bekalan barang daripada pengeluar disimpan di dalam gudang dan dikeluarkan sedikit demi sedikit

  • Membolehkan pengeluaran dan penggunaan yang berterusan

–          Barang-barang yang mempunyai permintaan bermusim dapat disimpan di dalam gudang

–          Apabila ada permintaan , barang-barang tersebut dikeluarkan

  • Membolehkan kerja-kerja akhir dilakukan

–          Gudang dijadikan tempat memecahpukal lakukan kerja-kerja akhir seperti menggred , menimbang , membungkus dan menjenama barang

  • Mengelakkan kerosakan dan pembaziran

–          Keluaran lebihan terutama barang-barang pertanian dapat disimpan dalam gudang

–          Barang-barang pertanian seperti daging dan keju dapat disimpan dalam gudang penstorang sejuk dengan sempurna

  • Memudahkan perniagaan

–          Membolehkan barang-barang import dan eksport disimpan di dalam gudang sementara menunggu untuk dieksport atau diimport

–          Barang-barang yang cukaiyan belum dijelaskan boleh disimpan dalam gudang berbon sementara menunggu penjelasan cukai

b)      Ciri-ciri gudang yang baik :

  • Lokasi yang baik

–          Kedudukan gudang perlu diletakkan di tempat yang strategik

–          Perlu didirikan di tempat yang senang dihubungi oleh pelanggan , pembekal , pengimport dan pengeksport

  • Keselamatan

–          Barang-barang yang disimpan dalam gudang perlu dilindungi daripada kerosakan dan kecurian

  • Pengurusan yang cekap

–          Pengurusan yang cekap dapat menjamin keluar masuk barang ke gudang drngan lebih teratur dan sistematik

  • Ruangan yang luas

–          Gudang harus mempunyai ruang yang luas supaya barang-barang yang disimpan boleh disusun dengan teratur dan kemas

  •  Sesuai dengan barang yang disimpan

–          Sesebuah gudang perlu direka bentuk dan dilengkap dengan kelengkapan yang sesuai dengan kelengkapan yang sesuai drngan barang yang  disimpan untuk menjamin keselamatan barang

  • Peralatan yang serba lengkap

–          Untuk menjamin barang-barang mudah disimpan dan dikeluarkan , gudang harus dilengkapkan dengan peralatan yang mengcukupi

Jenis-jenis Gudang

a)      Gudang Peruncit dimiliki oleh peruncit untuk menyimpan barang-barang yang dibeli daripada pengeluar

b)      Gudang Pemborong dimiliki oleh pemborong dan penting untuk pemborong meyimpan barang-barang yang dibeli secara pukal daripada pengeluar

c)      Gudang Pengilang digunakan oleh pengilang untuk menyimpan bahan mentah dan bahan separuh siap yang digunakan dalam proses pengeluaran

d)     Gudang kerajaan dimiliki oleh kerajaan dan terletak di pintu masuk atau sempadan sesebuah Negara seperti pelabuhan dan stesen kereta api

e)      Gudang Penstoran Sejuk sejenis gudang khas yang dilengkapkan dengan alat hawa dingin atau alat kawalan suhu dan ini digunakan untuk menyimpan barang-bararng yang tidak tahan lama seperti dagin , ikan , buah-buahan dan bunga-bungaan .

f)       Gudang berbon perkhidmatan pergudangan yang memudahkan perniagaan antarabangsa dan digunakan untuk menyimpan barang-barang yang belum dibayar cukainya ( cukai eksais , cukai eksport . dan cukai import ) .

Kepentingan gudang dalam bon

a)      Kepada peniaga :

–          Membolehkan kerja-kerja terakhir dijalankan

–          Boleh menangguhkan pembayaran duti

–          boleh mengeluarkan barang dalam kuantiti kecil-kecilan

–          boleh mencagarkan barang-barang

–          membantu perniagaan entrepot

b)     Kepada pengeluar :

–          Membolehkan pengeluaran dijalankan secara berterusan

–          Boleh menjalankan kegiatan memproses bahan mentah dalam gudang

–          Boleh membawa keluar bahan mentah mengikut keperluan

–          Boleh menangguhkan pembayaran duti

–          Membolehkan pengeluarang dijalankan secara besar-besaran

c)      Kepada kerajaan :

–          Membantu pengutipan cukai

–          Mencegah pelarian cukai

–          Membekalkan maklumat import

Perbankan Islam

Published Mei 6, 2012 by bunga2kuntum

Operasi sistem perbankan Islam dilakukan berdasarkan hukum syariah. Sistem ini merupakan saluran alternatif bagi memenuhi keperluan pelaburan dan kredit untuk penganut yang beragama Islam. Contoh bank yang mengamalkan perbankan Islam ialah Bank Islam Malaysia Bhd yang ditubuhkan di bawah Akta Perbankan Islam 983, disamping terdapat juga bank-bank konvensional yang sedia ada yang mewujudkan bahagian perbankan Islam.

Sistem ini beroperasi berdasarkan pernyataan, perkongsian, serta keadilan dan bukan berdasarkan “berusaha bersama dan beruntung bersama”. Hal ini membuktikan Perbankan Islam menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan dalam pembahagian keuntungan. Ciri-ciri Perbankan Islam ialah:

a) unsur riba (faedah) tidak dibenarkan

b) konsep kongsi untung dan kerjasama (Mudharabah dan Musyarakah) diamalkan

c) urus niaga dan pelaburan yang dilakukan mestilah bebas daripada unsur maisir (perjudian), gharar (ketidakpastian), penindasan, penipuan, pembaziran dan tidak bermoral

Perbankan Konvensional

Published Mei 6, 2012 by bunga2kuntum

Sistem perbankan konvensional berlandaskan prinsip komersial iaitu menitik beratkan keuntungan dalam perniagaan. Bank dan institusi kewangan komersial mempertemukan dua pihak yang berurus niaga iaitu:

a) pihak penyimpan yang mempunyai dana wang berlebihan yang tidak digunakan
b) pihak pelabur yang menghadapi kekurangan dana wang untuk dilaburkans

Wang daripada pihak penyimpan dosalurkan sebagai pinjaman kepada pihak pelabur. Bank akan mengenakan faedahnya kepada pihak penyimpan. Ciri-ciri perbankan konvensional ialah:

a) membayar kaedah faedah kepada penyimpan
b) mengenakan faedah kepada peminjam atau pelabur
c)mengamalkan prinsip keuntungan maksimum dalam pelaburannya